CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

Mayat terus cemari perairan

[Copy link]
Post time 23-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa taufan terselamat di selatan Filipina bimbang dijangkiti penyakit\rILIGAN: Mayat mangsa taufan dan banjir kilat yang mengorbankan ramai penduduk mencemari perairan di selatan Filipina, kata pihak berkuasa semalam, mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya jangkitan penyakit kepada mereka  yang selamat.\r\n\n\n\n\r  Koordinator kemanusiaan  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Soe Nyunt-U ketika membuat rayuan untuk mendapatkan dana AS$28 juta (RM88.6 juta) untuk membantu lebih setengah juta penduduk yang terjejas akibat banjir, menyifatkan kawasan bencana alam itu seperti dilanda gelombang tsunami.\r\r\n\n\n\n\n   Angka kematian rasmi berikutan bencana hujung minggu lalu yang menghanyutkan penempatan setinggan di tebing kebanyakan sungai utama, meningkat kepada 1,000 orang, tetapi pihak berkuasa berkata beratus-ratus lagi penduduk mungkin hilang dan tidak akan ditemui.\rKetua pertahanan awam,  Benito Ramos berkata, pengawal pantai dan kapal tentera laut dikerah melakukan kerja  menyelamat besar-besaran bagi mencari mayat yang terapung di tengah kemusnahan sehingga beratus-ratus kilometer.\r“Sehingga kini, tiada lagi mangsa terselamat, hanya mayat ditemui,” katanya selepas ribut Washi yang membawa hujan lebat menyebabkan banjir kilat dan banjir lumpur melimpahi sungai menimbus mangsa atau menghanyutkan mereka ke laut.\rRamos meletakkan angka kematian  kepada 1,010, manakala agensi Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana meletakkan bilangan mangsa yang hilang seramai 51 orang.\r\n\n\n\rBagaimanapun Datuk Bandar Iligan, Lawrence Cruz,  berkata bandar rayanya sendiri melaporkan kehilangan lebih 400 penduduk manakala 283 yang lain disahkan terbunuh.\r“Kami hanya dapat menganggap bahawa mereka sudah mati. Terlalu banyak lumpur untuk dibersihkan dan mungkin mereka yang hilang tertanam di dalamnya,” kata Cruz.\rKetua Palang Merah Filipina Gwendolyn Pang, berkata bahawa sekurang-kurangnya 900 mayat ditemui manakala 400 lagi dilaporkan hilang.\rSelain itu, jumlah sebenar  kematian sukar diketahui berikutan penduduk yang hilang mungkin tersenarai sebagai mangsa yang meninggal dunia.\r“Ramai yang tidak akan ditemui dan kita tidak tahu bilangan sebenar yang hilang. Tiada sesiapa yang dapat  melaporkannya kerana seluruh keluarga juga turut dihanyutkan,” kata Pang.\rBandar Lligan dan Cagayan de Oro mencatatkan paling banyak kematian setakat ini.\rSebuah kapal tentera laut menemui 11 mayat yang reput di kawasan bandar di tepi pantai Salay pada Rabu, kata jurucakap Leftenan Kolonel Omar Tonsay kepada agensi berita.\rRamos berkata operasi mencari boleh berterusan lebih dua minggu lagi tetapi memberi amaran banyak mayat  mungkin tenggelam ke dasar laut dan sukar ditemui.\rKeutamaan sekarang adalah mencari penempatan kekal bagi 309,000 orang yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir terutama lebih 43,000 yang ditempatkan di pusat pemindahan yang sesak.   –  AFP/AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.051594 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list