CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Khazanah beli firma hospital terbesar Turki

[Copy link]
Post time 24-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ambil alih 75 peratus ekuiti   Acibadem   bernilai RM3.9b\rKHAZANAH Nasional Bhd mengembangkan lagi pelaburannya dalam pasaran penjagaan kesihatan antarabangsa dengan mengambilalih 75 peratus kepentingan dalam pengendali rangkaian hospital terbesar Turki, Acibadem Saglik Yatirimlari Holding AS (ASYH) dalam satu janji niaga yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3.9 bilion.\r\n\n\n\n\r  Pengambilalihan itu dibuatnya menerusi Integrated Healthcare Holdings Sdn Bhd (IHH) yang mana ia memiliki 70 peratus kepentingan, serta sebuah syarikat tujuan khas (SPV) milik penuhnya, Bagan Lalang Ventures Sdn Bhd.\r\r\n\n\n\n\n  IHH semalam memeterai perjanjian bagi membeli 60 peratus dalam modal saham diperbesarkan dalam ASYH.\rBagan Lalang Ventures pula turut melabur dengan membeli 15 peratus kepentingan, menjadikan pegangan tidak langsung Khazanah dalam syarikat Turki itu berjumlah 75 peratus.\rBaki 25 peratus lagi akan dipegang pengasas Acibadem Saglik Hizmetleri ve Ticaret AS (Acibadem), Mehmet Ali Aydinlar dan keluarganya.\rASYH menguasai 92 peratus kepentingan dalam Acibadem, iaitu penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta terbesar di Turki.\r\n\n\n\rIHH dalam kenyataannya mengumumkan pemeteraian perjanjian itu semalam berkata, pengambilalihan itu meletakkan nilai keseluruhan saham Kelas A dan Kelas B Acibadem  AS$1.68 bilion (RM5.320 bilion).\rKatanya, pengambilalihan yang akan dibayar sebahagiannya secara tunai dan penerbitan saham baru IHH itu akan turut menyaksikan keluarga Aydinlar dan Abraaj Capital muncul sebagai pemegang saham dalam IHH.\rSyarikat itu berkata, majlis memeterai perjanjian yang diadakan semalam adalah susulan pemeteraian terma pada 30 September lalu dan adalah satu lagi pencapaian buat IHH dalam mengambilalih sebuah lagi penyedia penjagaan kesihatan bertaraf dunia.\rAcibadem turut membuat pengumuman rasmi di Bursa Saham Istanbul berhubung pengambilalihan yang tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia republik itu.\rMengikut kenyataan IHH itu, Deutsche Bank bertindak sebagai penasihat tunggal pengambilalihan berkenaan.  Perincian lanjut pengambilalihan, katanya akan diumumkan apabila transaksi menjadi tidak bersyarat.\rAcibadem yang memiliki aset berkualiti merentas Turki, Eropah Tengah dan Eropah Timur menyediakan tapak pasaran yang baik buat Khazanah.  Ia kini mengendalikan 14 hospital besar dan lapan pusat perubatan dengan menggajikan 2,000 doktor dan 11,000 pekerja.\rMenerusi anak syarikatnya, ia turut menyediakan spektrum terbesar perkhidmatan makmal termasuk klinikal, makmal patologi dan penyelidikan sel, selain  reka bentuk, pembinaan serta menyediakan kelengkapan hospital di Turki dan juga di luar negara.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.273315 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list