CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

SPNB yakin siap 10,000 RMR

[Copy link]
Post time 24-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Jumlah 4 kali ganda lebih tinggi berbanding 2,500 unit dibina setahun \rSYARIKAT Perumahan Negara Bhd (SPNB) yakin dapat menyiapkan 10,000 unit rumah di bawah program Rumah Mesra Rakyat (RMR) tahun depan, sekali gus menyerahkan kepada pembeli tepat pada masanya hasil sokongan institusi kewangan.\r\n\n\n\n\r  Program RMR diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.\r\r\n\n\n\n\n  Pengerusinya, Datuk Idris Haron, berkata jumlah itu adalah empat kali ganda  lebih tinggi berbanding  2,500 unit rumah dibina setahun di bawah program RMR sebelum ini sejak lapan tahun lalu.\r“Kami berhasrat mempercepatkan pembinaan projek berkenaan memandangkan terdapat kira-kira 42,000 permohonan di bawah program itu. Sejak lapan tahun lalu, SPNB  menyiap dan menyerahkan kira-kira 17,000 unit rumah RMR,” katanya.\rBeliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman untuk program RMR antara SPNB dan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Kuala Lumpur, semalam.\rPada majlis itu, SPNB diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh manakala BSN diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Adinan Maning. Ia disaksikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.\r\n\n\n\rSPNB menerima mandat daripada kerajaan pada Bajet 2012 untuk membina 10,000 unit rumah di bawah program RMR dengan peruntukan sebanyak RM200 juta diberikan dalam bentuk subsidi.\rSetiap unit rumah di bawah program RMR adalah bernilai RM65,000 yang mana kerajaan akan memberikan subsidi bernilai RM20,000 kepada pembeli.\rKos keseluruhan pembinaan projek itu tahun depan bernilai RM650 juta, justeru SPNB kini bekerjasama dengan institusi kewangan untuk menampung peruntukan tambahan RM450 juta bagi membina semua rumah terbabit.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.041847 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list