CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

Anggerik Wangi maju projek baru RM600j

[Copy link]
Post time 27-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Projek  Putra Heights  babit dua fasa siap 2015ANGGERIK Wangi Sdn Bhd akan membangunkan Bandar Baru Putra Heights di Chuping, Perlis dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM600 juta.\n\n\n\n  Selain menyediakan lebih 2,500 unit kediaman pelbagai jenis, projek sulung Anggerik Wangi di Perlis itu bakal dibangunkan mengikut konsep tersendiri sejajar fungsinya yang dijangkakan berperanan sebagai hab pembangunan pendidikan di  Utara, khususnya Perlis.\n\n\n\n\n\n  Ketua Eksekutifnya, Zahran Abdullah, berkata projek di tapak seluas 144 hektar di Padang Siding, Chuping itu akan dimajukan dalam dua fasa, dengan pembangunan keseluruhan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2015.Beliau berkata, fasa pertama membabitkan keluasan 43 hektar akan dibangunkan dengan empat blok apartmen, selain 1,000 unit teres yang mana 500 daripadanya diperuntukkan untuk kediaman pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Arau yang disewakan berdasarkan kontrak pelaburan dengan pembeli.Selain kediaman, katanya, fasa pertama itu akan turut meliputi pembangunan beberapa infrastruktur serta keperluan lain termasuk kompleks sukan, kompleks perniagaan dan perdagangan, taman rekreasi serta pusat perubatan untuk menyokong operasinya sebagai sebuah bandar baru.“Bagi fasa kedua membabitkan keluasan 101 hektar, pembangunan akan ditumpukan kepada kediaman berpagar yang akan turut dilengkapi keperluan moden serta mewah termasuk panggung wayang, pusat bowling serta futsal dan pusat tarikan keluarga lain.\n\n\n“Turut dalam perancangan ialah  pusat konvensyen yang mampu memuatkan  2,500 peserta satu-satu masa serta  hotel bertaraf lima bintang,” katanya pada majlis pelancaran itu kelmarin.Pelancarannya disempurnakan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Hadir sama, Pengarah Urusan Anggerik Wangi, Mohd Hanif Harun. Mengulas kontrak pelaburan ditawarkan Anggerik Wangi kepada pembeli 500 unit rumah teres yang diperuntukkan khusus sebagai asrama pelajar UiTM kampus Arau, Zahran berkata, tempoh perjanjian adalah selama 15 tahun.“Melalui perjanjian itu, Anggerik Wangi bagi pihak UiTM akan membayar RM800 sebulan kepada pemilik bagi setiap rumah  disewakan. Nilai itu bagaimanapun hanya membabitkan sewa bagi tiga tahun pertama saja dan ia akan dinilai untuk dinaikkan bagi tempoh tiga tahun berikutnya,” katanya.Sementara itu, Md Isa ketika ditemui menyokong usaha Anggerik Wangi untuk membantu masalah kekurangan penempatan dihadapi institusi pengajian di negeri itu termasuk UiTM, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.035489 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list