CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

Search tawan Tawau

[Copy link]
Post time 28-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tenaga  setanding kumpulan rock veteran antarabangsa\rSEMAKIN tua semakin menjadi. Bagaimana kebanyakan kumpulan rock veteran antarabangsa yang aktif mengadakan jelajah konsertnya, begitulah juga dengan Search.\r\n\n\n\n\rBerumur lewat 40-an, malahan ada yang sudah melebihi usia 50-an tetapi Search tetap bertenaga untuk membuat persembahan  lebih dua jam tanpa henti. \r\r\n\n\n\n\nSelepas puas beraksi menjelajah Semenanjung,  Search menyeberang Laut China Selatan dengan memilih bandar Tawau, Sabah, sebagai lokasi pilihan dalam Siri Konsert Jelajah Fenomena mereka pada 24 Disember lalu. Cuaca mendung dan hujan renyai pada sebelah petang di Tawau memang agak merisaukan penganjur.\rBeberapa jam sebelum konsert dimulakan, cuaca semakin baik walaupun langit masih mendung. Bermula jam 6 petang, sedikit demi sedikit kelibat peminat mula muncul di perkarangan Stadium Mini di Kompleks Sukan Tawau. Sekitar jam 7 petang, mereka sudah dibenarkan masuk. \rKira-kira jam 8 malam barulah suasana kemeriahan dirasai dengan kemunculan Stacy yang beraksi penuh agresif ketika membuat persembahan pembukaan. \rSelepas hampir 45 minit kemudian, Stadium Mini Tawau mula riuh rendah dengan penayangan klip video yang memaparkan sedutan ringkas sejarah dan pencapaian Search selama 30 tahun dalam persada muzik rock. \rMasih bertenaga dan mengekalkan attitude rock, Amy, Nasir dan Yazid memulakan peranan masing-masing dengan penuh bersemangat. Kawalan stamina dan suara yang teratur membuatkan vokal Amy sentiasa konsisten, tidak ada tanda ‘pancit’ biarpun pada lagu yang bernada tinggi.\rDin (pemain gitar rhythm) dan Kid (gitar utama) melengkapkan aksi kumpulan ini yang turut disokong oleh Firdaus sebagai pemain keyboard. Kid yang tampil dengan gaya seolah-olah seperti Slash, bekas pemain gitar Gun’N’ Roses, tidak ketinggalan untuk menunjukkan skil bermain gitar secara solo. \rEnam lagu dinyanyikan tanpa henti pada segmen pertama konsert ini. Amy mula melontarkan suaranya dengan menyanyikan lagu Panggung Khayalan, Gothic Malam Edan, disusuli lagu Fenomena, Serigala Segalanya, Balada Pemuzik Jalanan serta Hongky Tong Kosong.\rBabak kedua konsert ini dimulakan dengan sedutan klip video yang merakamkan ulasan sebahagian peminat mengenai Search dan lagu-lagu mereka.\rApabila Firdaus memulakan intro lagu Isabella, suasana stadium mula bising. Ternyata Isabella memang lagu wajib dinyanyikan oleh Search dalam setiap persembahannya.\rPada babak kedua ini, Search menyanyikan 11 lagu dalam pelbagai rentak daripada rock n roll kepada Balada rock. Sebaik saja menyanyikan Isabella, lagu seterusnya Melastik Ke Bintang, cakap Memang Mudah, Rozana, Bisa, Laila Namamu  Di Atas, Kejora, Gadisku, Isi Dan Kulit, Langit Dan Bumi dan Menara Kesesatan.\rSegmen ketiga pula agak menarik apabila dimulakan dengan persembahan secara solo oleh Din dan Kid. Kedua-kedua saling mempamerkan kehandalan bermakna gitar sebelum Amy mengambil kedudukannya di pentas untuk menyanyikan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur.\rSeterusnya, Amy menyanyikan lagu Tiada Lagi yang pernah dipopularkan oleh Mayank Sari diikuti dengan Pelesit Kota. Nasir kemudian mengambil giliran untuk membuat persembahan intro untuk lagu yang memang ditunggu oleh peminat, Pawana.\rKonsert Jelajah Fenomena Search diakhiri dengan lagu Balada rock yang boleh meninggalkan kenangan indah kepada peminat kumpulan ini apabila Amy menyanyikan Fantasia bulan Madu.\rM Nasir kembali bersemangat \rSementara itu mengulas mengenai Konsert Fenomena 30 Tahun Search, pemain bass, Nasir Daud berkata, selepas selesai jelajah Tawau, konsert seterusnya ialah di Kuching pada 31 Disember dan kemungkinan turut beraksi di Singapura. \rTempoh ‘Fenomena 30 Tahun Search’ ialah selama setahun bermula Oktober 2011 sehingga Oktober 2012.\r“Dalam tempoh setahun itu, memang kami sudah merancang pelbagai projek. Selain konsert, kami juga memang sedang membuat persiapan untuk album terbaru Search,” katanya. \rTambah Nasir lagi, komposer dan penerbit, Datuk M Nasir yang sebelum ini agak keberatan kali ini sudah teruja untuk menerbitkan album terbaru Search selepas melihat sambutan peminat berdasarkan konsert mereka. \r“Dulu apabila kami minta dia (M Nasir) terbitkan album, dia tanya balik kepada kami, Search ada peminat lagi ke? Tapi kali ini, selepas melihat sambutan peminat pada konsert fenomena, dia jadi sangat teruja untuk menyiapkan album terbaru Search.\r“Sambutan dan sokongan peminat terhadap Konsert Fenomena 30 tahun Search turut memberi semangat kepada M Nasir. Malahan empat lagu hampir disiapkan. Kami harap tahun depan album baru Search dapat disiapkan,” jelas Nasir.\rDitanya mengenai kemampuan pemain dram, Yazid Ahmad untuk meneruskan konsert fenomena Search tahun depan, Nasir berkata, mereka sudah ada pengganti yang bersedia untuk mengambil alih tempat Yazid.\r“Sebagai orang lama dalam Search, kita faham mengapa Yazid tidak mahu melepaskan ‘kerusi’ pemain dram. Dia memang seorang yang bersemangat tinggi walaupun keadaan kesihatannya kadang-kadang kurang baik. Tapi selagi dia mampu, kami tidak ada halangan. \r“Tapi sekiranya Yazid tidak mampu atas sebab kesihatannya, kami sudah bersedia dengan pengganti pemain dram yang bagus macam yazid juga,” kata Nasir mengulas keadaan Yazid yang kesihatannya kadang-kadang terjejas kerana masalah kencing manis. \rDalam persembahannya, Amy ‘mengisytiharkan’ bandar Tawau sebagai tempat kelahiran muzik rock di Sabah. Malahan vokalis Search ini juga menyifatkan Tawau juga seperti Johor Bahru di Semenanjung kerana melahirkan ramai pemuzik atau artis yang dikenali ramai. \r“Dari dulu lagi, Tawau selalu akan menjadi destinasi utama kepada setiap penyanyi atau kumpulan rock membuat persembahan. Tawau sentiasa menjadi lokasi pilihan sebelum ke bandar lain di Sabah. \r“Ini kerana Tawau mempunyai peminat muzik rock yang ramai. Setiap kali mana-mana kumpulan rock atau penyanyi membuat persembahan di sini, sambutannya pasti tidak menghampakan. Sebab itu, saya boleh katakan Tawau sebagai tempat paling ‘best’ bagi kebanyakan kumpulan rock kerana peminatnya yang cukup mengagumkan kami,” katanya. \rInfo: Search akan meneruskan Konsert Fenomena 30 tahun di Kuching, Sarawak pada 31 Disember 2011. Tiket konsert berharga RM25. \rFakta Fenomena & Search \rKonsert Fenomena 30 Tahun Search adalah sempena pembabitan kumpulan ini dalam dunia muzik selama tiga dekad. \rAlbum Fenomena diterbitkan pada tahun 1989. Ia adalah album Search bersama Pacific Music Records Company atau PMC (sebelum ditukar menjadi BMG Music) selepas mereka berhijrah dari syarikat rakaman Polygram. \rAlbum Fenomena yang keempat dihasilkan oleh Search selepas Cinta Buatan Malaysia (1985), Langit Dan Bumi (1986) dan Mentari Merah di Ufuk Timur (1987). \rAlbum Fenomena terjual lebih dari 220,000 unit di Malaysia dan lebih dari 600,000 unit di Indonesia.\rAlbum Fenomena juga adalah album Search pertama yang terdapat dalam bentuk cakera padat (CD). Bentuk kaset pada 1989. \rKetika album ini diterbitkan, kumpulan Search terbabit ialah Amy (vokalis), Hillary Ang (gitar), Noordin Taib @ Din (gitar), Hamzah Mohd Taib @ Kid (gitar), Nasir Daud (bass) dan Yazid Ahmad (dram). Hillary meninggalkan Search pada pertengahan sesi rakaman album Fenomena untuk mengejar kerjaya solo. \rM. Nasir sebagai penerbit album Fenomena. Rakamannya dilakukan di Gins Studio, Jakarta dan King\'s Studio, Petaling Jaya.\rAlbum Fenomena versi kaset (1989) mengandungi 10 lagu, iaitu Fenomena ciptaan M Nasir lirik oleh Usop; Purnama (Bob Lokman/Bob Lokman), Isabella (Search/Bob Lokman); Derap Komando (Search/Wanafisu); Ku Taklukkan Dunia (Search/Search); Bencana (M Nasir/Siso); Pawana (M Nasir/S Amin Shahab); Songsang (Bok Lokman/Usop) dan Gadis Misteri (M Nasir/S Amin Shahab)\rVersi CD (1990) memuatkan tambahan dua lagu iaitu Mencari (instrumental) solo daripada Kid dan Malam (ciptaan M Nasir)\rFenomena menjadi judul filem yang ceritanya ditulis oleh Zain Mahmod dan diarahkan oleh Aziz M Osman. Selain kumpulan Search, filem ini turut dibintangi Ramona Rahman, M Nasir dan Abu Bakar Omar. \rKetika Festival Filem Malaysia ke-9 pada 1991, filem Fenomena menang Skor Muzik Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Jurukamera Terbaik (Badaruddin Azmi), Penataan Bunyi Terbaik (Musa Idris), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Noramarina Zulkifli) dan Anugerah Khas Juri - Filem Box-Office.\rFilem Fenomena yang ditayangkan pada 1991 mencatatkan kutipan lebih RM1 juta, angka box-office ketika itu. \rLagu Isabella yang dimuatkan dalam album Fenomena turut diangkat menjadi judul filem. Filem Isabella terbitan bersama syarikat produksi Malaysia dan Indonesia diarahkan oleh Boyke Roring (Indonesia) menggandingkan Amy dengan Nia Dzulkarnain selain Julia Rais dan anggota Search.\rAlbum Fenomena juga membawakan kumpulan Search dipilih oleh peminat sebagai Penyanyi Berkumpulan Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun 1987 dan 1989. \rLagu Isabella dari album ini juga dipilih sebagai Lagu Terbaik dan Search juga dipilih sebagai penyanyi yang membuat Persembahan Terbaik menerusi lagu itu pada Anugerah Juara Lagu 1989.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.307956 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list