View: 228|Reply: 0
|
Usah terpedaya skim pelaburan haram guna logo palsu SC
[Copy link]
|
|
SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada orang ramai mengenai kegiatan individu tidak berlesen yang menggunakan surat palsu menggunakan logo SC bagi tujuan memperdaya orang ramai untuk menyertai skim pelaburan tidak sah.\rSC dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya menerima maklumat mengatakan surat yang dialamatkan kepada individu itu mengandungi tanda tangan palsu seorang pegawai SC.\r\n\n\n\n\r “Berdasarkan aduan yang diterima, skim pelaburan itu didakwa menawarkan pulangan antara lima hingga 10 peratus sebulan dan telah menarik ramai pelabur terutama dari Kota Bharu, Kelantan; Nilai, Negeri Sembilan; Putrajaya dan Johor Bahru, Johor.\r\r\n\n\n\n\n “Individu itu kemudian akan menggunakan surat palsu SC bagi memberi alasan kepada pelanggannya mengapa dia tidak dapat membayar pulangan seperti yang dijanjikan,” katanya. \rKatanya, pihak yang tidak diberi lesen oleh SC tidak dibenarkan untuk mengutip wang daripada orang lain bagi tujuan pelaburan dalam sekuriti atau derivatif bagi pihak mereka. \r“Orang ramai diingatkan bahawa SC tidak pernah dan tidak akan, dalam apa juga keadaan pun, menyokong sebarang produk atau skim pelaburan. \r“Jika anda didatangi oleh sesiapa yang mendakwa mempunyai sokongan SC walaupun ditunjukkan salinan surat yang didakwa diperoleh daripada SC, jangan sesekali menyerahkan wang kepada mereka sebaliknya segeralah membuat aduan kepada SC. \r\n\n\n\r“Pihak kami telah membuat laporan polis mengenai penggunaan nama dan logo SC tanpa kebenaran dan mengelirukan orang ramai ini,” katanya.\rBagi mengetahui atau menyemak senarai syarikat dan individu yang diberikan lesen oleh SC untuk menjalankan aktiviti pelaburan serta memberikan nasihat pelaburan, boleh berbuat demikian dengan melayari laman www.sc.com.my. \rSelain itu, kepada mana-mana pihak yang melihat surat, laman web serta e-mel yang mencurigakan atau mempunyai maklumat mengenai skim atau aktiviti pelaburan berkaitan sekuriti atau derivatif yang mencurigakan, diminta menghubungi SC di talian 603-62048999 atau e-mel kepada [email protected]. \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|