View: 195|Reply: 0
|
Syria, Yaman terus bergolak
[Copy link]
|
|
Gas pemedih mata sambut protes di Homs, penunjuk perasaan bergaduh di SanaaDAMSYIK: Polis Syria menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan 70,000 penunjuk perasaan di jalan Homs kelmarin pada masa pemerhati Arab melawat kawasan itu sehari selepas puluhan mati akibat tindakan keras terhadap penduduk yang berbeza pendapat. \n\n\n\n “Lebih 70,000 penunjuk perasaan cuba memasuki Dataran al Saa di tengah bandar Homs, kemudian ejen keselamatan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka,” kata Pemerhati Rakyat Syria untuk Hak Asasi yang berpangkalan di Britain. \n\n\n\n\n Pada masa yang sama, sesetengah penunjuk perasan ditembak dengan peluru hidup semasa mereka berarak ke dataran itu dan empat cedera termasuk seorang cedera parah. Pemerhati berkata tunjuk perasaan berasingan diadakan di tempat lain di bandar itu bertujuan mendedahkan amalan tidak sihat dan jenayah regim itu.Sebelum menyertai perarakan di Dataran al Saa, puluhan ribu penunjuk perasaan berkumpul di kawasan Al-Khalidiyeh, menurut badan itu. Tunjuk perasaan turut dilaporkan di daerah Bab Dreib dan Jub al-Jandali.Protes itu dilakukan pada masa sama pemerhati Liga Arab melawat kawasan tengah bandar untuk memantau urusan mengakhiri kekerasan terhadap penunjuk perasaan anti pemerintah. \n\n\nBerikutan laporan pembunuhan 34 orang awam di wilayah Baba Amro di Homs pada Isnin, penduduk yang mengadakan majlis pengebumian berhampiran Kefer Ayia untuk sesetengah mereka yang terbunuh, diserang oleh pihak keselamatan. Aktivis mendakwa, tentera membawa keluar kereta perisai dari satu daerah ketika pemerhati Arab tiba dan menyembunyikannya dalam zon dikuasai kerajaan. Sementara itu di Sanaa, musuh dan penyokong Presiden Yaman bertempur menggunakan batu dan kayu kelmarin, memburukkan lagi kekacauan negara itu pada masa sama Washington menimbangkan permohonan pemimpinnya untuk ke Amerika Syarikat. Aktivis belia, yang mengetuai protes sejak berbulan menentang pemerintahan 33 tahun Presiden Ali Abdullah Saleh berbelah bahagi sama ada beliau perlu meninggalkan tanah air kerana boleh mengurangkan konflik tetapi turut membuka peluang mengelak pengadilan. – Reuters/AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|