View: 225|Reply: 0
|
Bisnes Dunia: Krisis hutang Eropah malap saham Asia
[Copy link]
|
|
Kejatuhan euro jejas daganganPASARAN saham Asia sebahagian besarnya susut semalam seiring dengan penurunan mata wang euro susulan kebimbangan berterusan terhadap kesan krisis hutang zon Eropah yang masih belum menemui jalan penyelesaian dalam pada pelaksanaan aktiviti lelongan hutang jangka panjang Itali. \rDengan dagangan agak perlahan ekoran cuti hujung tahun, pasaran saham Asia juga dipengaruhi pergerakan Wall Street dan pasaran Eropah di sebalik Rom kejayaan penjualan bon jangka pendeknya kelmarin.\r\n\n\n\n\r Saham Tokyo menyusut 0.29 peratus atau 24.73 mata untuk ditutup pada 8,398.89 manakala Sydney turun 0.43 peratus atau 17.7 mata kepada 4,071.1.\r\r\n\n\n\n\n Hong Kong susut 0.75 peratus pada dagangan tengah hari semalam.\rSeoul pula hampir tidak berubah, naik 0.62 mata kepada 1,825.74 pada hari terakhir dagangan di pasaran bagi tahun ini, manakala Shanghai juga tidak berubah.\rPengeksport Jepun berdepan tekanan ekoran peningkatan nilai mata wang yen pada paras tertingginya berbanding euro sejak Jun 2001, dan peniaga khuatir dengan penjualan bon Itali. \rDalam dagangan elektronik Asia, mata wang euro susut 100.35 yen berbanding 100.80 di New York, dan ia juga mencatat paras terendah dalam tempoh 11 bulan berbanding dolar iaitu AS$1.2888 berbanding AS$1.2912 di New York.\r\n\n\n\rDolar diniagakan pada 77.74 yen, daripada 77.90 di New York. \rPasaran bagaimanapun lega sedikiti selepas Itali melaksanakan lelongan bon bernilai sembilan bilion euro (AS$11.8 bilion) pada kadar rendah untuk tempoh enam bulan. \rBagaimanapun, kebimbangan masalah kewangan zon Eropah yang terus semakin meningkat dan kekal mempengaruhi sambutan dagangan berkenaan.\r“Tempoh lelongan singkat sekuriti hutang Itali, adalah lebih baik daripada jangkaan. Tetapi ujian sebenar pada pasaran adalah bagaimana dengan prestasinya,” kata Pengarah Bahagian Kekayaan Persendirian Macquarie, Martin Lakos. \rHarga minyak mentah ditutup bercampur-campur, yang mana kontrak utama New York bagi Light, Sweet bagi penghantaran Februari, meningkat 28 sen pada AS$99.64 satu tong.\rMinyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran Februari susut dua sen kepada AS$107.54.\rHarga emas pula diniagakan pada AS$1,553.20 seaun berbanding AS$1,588.26 kelmarin.\rDi pasaran lain, Taipei naik 0.26 peratus, atau 18.15 mata untuk ditutup pada 7,074.82.\rSaham Hon Hai naik 0.48 peratus kepada Tw$82.9 manakala Taiwan Semiconductor Manufacturing Co adalah 0.13 peratus lebih tinggi pada Tw$75.8.\rManila ditutup pada Jumaat kerana cuti umum, mengakhiri dagangan 0.81 peratus lebih tinggi, menambah 35.33 mata kepada 4,371.96.\rWellington naik 0.29 peratus, menambah 9.35 mata kepada 3,246.25.\rTelecom tidak berubah pada NZ$2.05, manakala Fletcher Building naik 1.0 peratus kepada NZ$6.06 dan Contact naik 0.97 peratus kepada NZ$5.22. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|