View: 165|Reply: 0
|
Saleh mungkir janji sekali lagi
[Copy link]
|
|
Presiden Yaman buat keputusan terus tinggal untuk selamatkan rejimSANAA: Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh yang sepatutnya berundur membuat keputusan untuk terus tinggal di negaranya, memungkiri persetujuannya untuk meletak jawatan kata parti pemerintahnya, sebagai cubaan untuk menyelamatkan rejimnya yang mencetuskan pemberontakan dan protes jalanan. \rSebagai isyarat tindak balas, anak lelaki dan anak saudara presiden itu melancarkan tindakan keras terhadap pembangkang yang disyaki di kalangan perkhidmatan keselamatan elit, kata pegawai dalam perkhidmatan. \r\n\n\n\n \r Pasukan Pengawal Republik yang diketuai anak lelakinya Ahmed Ali Salleh dan Perkhidmatan Keselamatan Pusat yang diketuai anak saudara beliau sudah menjadi pasukan utama dalam usaha menghalang kebangkitan menentang pemerintahan Saleh tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n Ratusan ribu rakyat Yaman berarak di jalan Sanaa dan bandar lain kelmarin, menuntut supaya Saleh dihadapkan ke muka pengadilan berikutan kematian penunjuk perasaan dalam tindakan keras sejak Februari. \r“Kami tidak akan benarkan mereka terlepas,” laung penunjuk perasaan sambil memegang poster presiden dengan tali gantung di sekeliling lehernya. \rSaleh menandatangani perjanjian peralihan kuasa awal November yang membolehkan beliau mengurangkan kuasanya selepas 33 tahun memerintah dengan harapan untuk menenangkan kegawatan yang menggegarkan negara Arab itu sejak berbulan. \rDengan persetujuannya, Saleh menyerahkan kesemua kuasanya kepada naib presiden dan berikrar akan berundur secara rasmi selepas parlimen meluluskan imunitinya daripada didakwa. \r\n\n\n\rBagaimanapun pembangkang berkata beliau terus cuba mengekalkan pengaruhnya menerusi penyokong setia dalam parti pemerintahannya dan menerusi pasukan keselamatan yang diketuai keluarganya. \rPartinya, Parti Kongres Rakyat masih dianggap berkuasa sebagai sebahagian daripada perkongsian kuasa kerajaan dengan pembangkang dan kritik berkata ia cuba melemahkan Naib Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi.\rSementara itu, tunjuk perasaan berterusan selepas penganjur menolak kehendak Saleh kerana peruntukan memberikan pemimpin itu imuniti. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|