CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Presiden Nigeria isytihar darurat

[Copy link]
Post time 2-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ABUJA: Presiden Nigeria Goodluck Jonathan kelmarin mengisytiharkan darurat di kawasan terjejas teruk akibat keganasan dipersalahkan ke atas mazhab  Boko Haram dan mengarahkan penutupan sebahagian sempadan negara itu.\rBeliau mengumumkan langkah itu selepas menggelar Boko Haram sebuah badan ‘barah’ yang bakal memusnahkan negara paling padat di Afrika itu dan berazam bahawa kumpulan itu akan dihancurkan.\r\n\n\n\n\r   “Ketika pencarian bagi penyelesaian muktamad semakin berterusan, adalah penting untuk mengambil langkah perlu bagi memulihkan keadaan dalam negara terutama di kalangan masyarakat yang terjejas,” kata Jonathan dalam ucapan di seluruh negara.\r\r\n\n\n\n\n   “Oleh yang demikian, saya mengisytiharkan perintah darurat di beberapa bahagian persekutuan,” katanya, menyenaraikan Borno, di mana Boko Haram secara tradisi mempunyai pangkalan selain Yobe, Niger dan Plateau.\rBeliau juga mengarahkan penutupan sempadan tanah di kawasan terjejas bagi mengawal ‘aktiviti pengganas merentasi sempadan.’\rLewat kelmarin sekurang-kurangnya 50 orang maut dalam pertembungan antara dua masyarakat berjiran di tenggara Nigeria di Ebonyi, kata jurucakap kerajaan, namun pertembungan itu tidak dikaitkan dengan serangan oleh Boko Haram, beliau menambah.\r“Di kawasan itu 50 orang terbunuh apabila sekumpulan penduduk dari masyarakat Ezza menyerang penduduk berjiran Ezilo berhubung pertelingkahan tanah,” kata Onyekachi Eni kepada AFP. \r\n\n\n\r“Pertelingkahan antara dua anggota masyarakat yang bermula pada 2008, dipercayai sudah diselesaikan sehingga perbalahan terbaru. Sekumpulan penduduk dari Ezza menceroboh ke dalam Ezilo dan menyerang mereka, membunuh lebih 50 orang di sana,” katanya.\rJonathan berkata perintah darurat adalah penting: “Ketika pengganas mengambil peluang situasi sekarang untuk menyerang sasaran di Nigeria dan melakukan perkara di luar jangkauan kakitangan penguat kuasa undang-undang.” – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.052065 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list