CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111|Reply: 0

Dana jemaah haji diseleweng

[Copy link]
Post time 3-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Forum Ketelusan Bajet Indonesia kelmarin, memberi amaran bahawa negara mungkin kerugian Rp38 bilion (RM13.25 juta) akibat penggelapan dana dalam organisasi haji tahun lalu.\rPenyelaras Bahagian Penyiasatan dan Penambahbaikan Forum Indonesia Untuk Ketelusan Belanjawan (Fitra) Uchok Sky Khadafi, mengandaikan wang itu diambil dalam bentuk kenaikan sesetengah yuran.\r\n\n\n\n\rLaporan yang diterima daripada Agensi Tinggi Audit (BPK), beliau berkata ada perbezaan ketara dalam sewa dibayar dan jumlah ditetapkan ketua direktorat haji.\rUchok berkata, pada 2010, ketua direktorat haji menetapkan harga siling menyewa bilik asrama di Arab Saudi pada 2,850 riyal (RM2,409.20) setiap jemaah.\r\n\n\n\n\n\rNamun, laporan BPK menunjukkan kerajaan membayar 3,022 riyal (RM2,554.60) untuk setiap jemaah Indonesia berjumlah 200,000 orang.\r“Secara terang-terangan ada kenaikan dan ia adalah perkara paling teruk  berlaku kepada jemaah yang pergi menunaikan ibadah haji,” kata Uchok.\rSementara itu, Fitra berkata, kerajaan berhenti membayar Rp893 juta (RM311,389.508) elaun pakaian untuk presiden selepas kritikan meluas.\rPada Oktober 2010, Fitra mengkritik peruntukan diberi kepada presiden, termasuk elaun pakaian presiden.\rBagaimanapun, presiden menolak tuduhan itu kerana beliau tidak pernah menggunakan dana negara membeli pakaian. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.319976 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list