|
Britney Spears rancang majlis bercirikan tradisional gaya selatanNEW YORK: Penyanyi yang sering mengundang kontroversi, Britney Spears bercadang mengadakan satu majlis penuh tradisional bagi meraikan perkahwinan kali ketiganya.\rPenyanyi berusia 30 tahun itu dilapor merancang satu majlis tradisional gaya selatan dengan tunangnya, Jason Trawick, 40.\r\n\n\n\n\rBerdasarkan satu laporan Amerika Syarikat, Britney dan Jason akan mengadakan satu majlis perkahwinan gaya Hollywood membabitkan sebilangan kecil ahli keluarganya yang mungkin dibuat di tempat asalnya, Kentwood, Louisniana.\r\r\n\n\n\n\nSatu sumber memberitahu InTouch Weekly: “Dia mahukan satu perkahwinan tradisional gaya selatan dengan makanan yang lebih selesa dikelilingi ahli keluarganya, dua anak lelakinya dan juga rakan sepermainan ketika kecil.\rBritney dan Jason, bekas pengurus beliau dilaporkan bertunang awal bulan lalu selepas menjalin hubungan selama kira-kira dua tahun setengah.\rBritney mengumumkan berita itu kepada peminat beliau melalui Twitter dengan menulis: “Malam kelmarin Jason mengejutkan saya dengan satu hadiah yang dinantikan. Tidak sabar untuk menunjukkan kepada anda. Amat teruja.”\rBagaimanapun tidak semua dalam kehidupan beliau teruja dengan pertunangan bintang itu.\r\n\n\n\rRakan sepermainan Britney dan suaminya, Jason Alexander memberitahu Us Magazine: “Ia amat menyedihkan. Saya tahu semua mahukan saya gembira tetapi saya tidak. Saya tidak fikir ini palsu dan saya rasa orang ramai takut untuk mengatakannya.”\r“Jika anda lihat gambar antara mereka tiada hubungan.”\rPerkahwinan pertama Britney dan Jason berlangsung pada 5.30 pagi pada 3 Januari 2004 di The Little White Wedding Chapel di Las Vegas.\rBeliau hanya mengenakan topi besbol dan seluar jeans.\rPerkahwinan mereka dibatalkan kira-kira dua hari selepas itu apabila Britney ketika itu menyatakan bahawa beliau tidak faham mengenai tindakannya itu.\rEnam bulan selepas itu beliau kemudian bertunang dengan penari latarnya, Kevin Federline.\rPasangan berkenaan merancang perkahwinan mereka pada Oktober tetapi majlis terpaksa dilakukan lebih awal berikutan media mula memperkatakan mengenainya. \rPerkahwinan mereka akhirnya berlangsung di sebuah rumah persendirian di Studio City, California di mana Spears mengenakan gaun Monique Lhuillier berharga AS$26,000 (RM82,420).\rBritney dan Jason dilihat berada di lapangan terbang JFK selepas cuti Krismas di New York. – Agensi\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|