CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 0

Industri filem boleh mati

[Copy link]
Post time 4-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ketegasan pihak berwajib diharap dapat sekat cetak rompak maya\rISU pelanggaran hak cipta atau harta intelek bukanlah perkara baru dalam dunia penerbitan di negara ini. Walaupun penguatkuasaan sudah lama dilaksanakan menerusi penggubalan pelbagai akta termasuk Akta Hak Cipta 1987, masih ramai berani secara terang-terangan melakukan kesalahan.\r\n\n\n\n\rBagi penggiat seni, kekecewaan mereka sudah lama disuarakan apabila karya yang dihasilkan ‘dicuri’ pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil untung atas angin.\r\r\n\n\n\n\nEra teknologi serba moden ini lebih besar cabarannya apabila semakin ramai individu bijak pandai menggunakan kaedah maya menciplak, mencuri atau mencetak rompak untuk disebarkan ke ruang lingkup lebih luas - hanya muat turun di laman sesawang. \rTerkini, filem Ombak Rindu menjadi mangsa apabila boleh dimuat turun sesuka hati walau baru disiarkan di saluran Astro First selepas tayangannya di pawagam meraih kutipan pecah panggung, lebih RM10 juta.\rPada hari pertama saja tontonan umum di YouTube mencecah 100,000, malah lebih menakjubkan keesokan harinya capaian di sesawang lebih lima kali ganda iaitu 500,000 hits.\rBayangkan pungutan filem arahan Osman Ali itu jika pungutan menerusi laman berkenaan dihitung sekali gus bayangkan juga kerugian ditanggung penerbitnya dek sikap tidak bertanggungjawab si pencuri terbabit.\r\n\n\n\rSituasi ini antara yang didedahkan namun hakikatnya di luar sana, sejak beberapa tahun lalu, isu muat turun yang menular di negara ini sudah lama disuarakan apabila karya anak tempatan termasuk lagu, drama dan filem disebarkan secara berleluasa.\rBagi Osman, penyebaran hasil keringatnya yang berleluasa ketika ia masih disiarkan di saluran Astro First membuatkannya rasa rasa terkilan terutama apabila tiada pihak cuba menangani masalah itu sejak dulu.\r“Kalau dulu cetak rompak, kini pengkarya berdepan pula dengan kepesatan teknologi yang turut membawa elemen negatif. Cabaran ini tidak boleh dihadapi kami secara bersendirian kerana semua pihak perlu bersatu.\r“Kita sudah ada akta tetapi jika tiada penguatkuasaan serta ketegasan pihak berwajib, isu sama akan berulang kerana filem Cun dulu turut mengalami nasib sama, dimuat turun sesuka hati.\r“Harapan kami semoga FINAS dan persatuan yang mewakili syarikat produksi serta penggiat seni sama-sama membantu mencari penyelesaian kerana jika dibiarkan, ia boleh membunuh industri tempatan,” katanya.\rBagi pengarah Papa I Love You, Hashim Rejab, katanya masalah itu sudah lama wujud, malah kadang kala seakan dibiarkan tanpa sebarang resolusi sedangkan kesannya sama dengan cetak rompak.\r“Paling menyedihkan apabila ditanya kenapa tiada sebarang tindakan, alasan diberikan adalah tidak ada laporan berhubung isu berkenaan padahal terang-terangan ia dimuat turun dalam laman sesawang tanpa had.\r“Apakah perlu laporan rasmi baru melaksanakan tindakan berkaitan undang-undang. Sebagai penggiat seni, kami juga membantu pemantauan dan berharap penguatkuasaan undang-undang berkaitan muat turun diperketatkan,” katanya.\rPengusaha juga perlu bertindak\rBAGI pengusaha filem berpengalaman, Datuk Yusof Haslam yang juga pemilik Skop Production, pengusaha sendiri seharusnya mencari penyelesaian kepada masalah berkenaan tanpa terlalu mengharapkan bantuan daripada orang lain.\rKata Yusof, filem KL Gangster, arahan anaknya, Syamsul, juga pernah melalui situasi sama apabila turut menjadi mangsa cetak rompak maya. Namun, katanya, ia boleh dicegah dengan memantau setiap masa laman berkenaan.\r“Kita tidak boleh menyalahkan Astro First kerana masalah cetak rompak bukanlah isu baru. Lagipun Astro First juga banyak membantu pengusaha filem menambahkan pendapatan, lebih-lebih lagi untuk filem yang kurang berjaya di pawagam.\r“Pengusaha sendiri sebenarnya harus mencari langkah penyelesaian. Contohnya ketika filem KL Gangster ditayangkan di YouTube, saya mengarahkan pekerja di bahagian IT memantau laman terbabit. Malah mereka turut menghubungi pihak YouTube, meminta supaya muat turun filem itu ditarik balik. Dalam tempoh tiga jam, filem itu berjaya ditarik balik.\r“Sebenarnya pengusaha sendiri perlu memberikan perhatian dan mengambil langkah pencegahan. Kita tidak boleh menuding jari kepada pihak lain kerana masalah cetak rompak bukanlah isu baru, sebaliknya ia sudah timbul sejak zaman saya mengarah lagi,” katanya yang cukup dikenali dengan beberapa filem popular termasuk Sembilu, Gerak Khas The Movie dan Maria Mariana.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.038216 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list