CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 105|Reply: 0

Saingan ke Rumah Putih bermula

[Copy link]
Post time 4-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ahli Parti Republikan di Iowa pilih calon Presiden untuk cabar Obama\rDES MOINES: Negeri Iowa memulakan perlumbaan baru ke Rumah Putih apabila ahli Parti Republikan mula mengundi calon Presiden mereka untuk mencabar Presiden Barack Obama dalam pilihan raya pada 6 Nivember depan.\r\n\n\n\n\rPerlumbaan kali ini ini juga diramal sebagai sengit dengan tiga calon paling mendapat sokongan terbesar ialah Mitt Romney, Ron Paul dan Rick Santorum.\r\r\n\n\n\n\n“Presiden Amerika tidak menyebabkan kegawatan ekonomi tetapi beliau menjadikannya lebih teruk dan tempohnya akan lebih lama kerana dasarnya,” kata calon paling banyak menerima sokongan, Romney, 64, kepada ratusan penyokong yang bersorak dalam perhimpunan tidak jauh dari ibu negeri Des Moines. \rBagi bekas gabenor Massachusetts dan pelabur jutawan itu, undian di Iowa memberinya peluang untuk menang beberapa negeri lain lebih awal bagi membolehkannya menang pencalonan dengan lebih mudah.\r“Marilah kita menang,” jerit Romney dalam perarakan petang di Clive, Iowa yang turut diberi liputan media Amerika dan antarabangsa. \rTetapi, hampir separuh pengundi Iowa berkata mereka masih masih belum memutuskan sokongan yang bermakna Romney hanya sedikit di depan wakil Texas, Ron Paul manakala bekas senator dan konservatif sosial yang aktif, Rick Santorum di tempat ketiga. \r\n\n\n\r“Undian di sini akan membawa perubahan esok, adakah kita bosan dan muak dengan dasar kerajaan,” kata Paul memberitahu hadirin yang sesak di dewan sebuah hotel di sini. \rPaul, 76, yang memperjuangkan pengurusan pentadbiran lebih kecil dan menentang bantuan dan campur tangan ketenteraan di luar negara, menuduh calon lain menyokong dasar mencetuskan kekacauan di seluruh dunia.\r“Inilah calon pilihan saya,” kata doktor unit kecemasan hospital, Healy Burnham, 64. \r“Berapa banyak lagi perang luar negara yang kita perlukan?\rSantorum pula meminta penduduk Iowa tidak memilih Romney yang dilihat sebagai calon pilihan dalam pilihan raya umum sebaliknya memilih calon yang lebih konservatif sepertinya selain turut mengecam Obama kerana kegagalan kepemimpinannya.\rBeliau turut mengalirkan air mata di perhentian di Newton, Iowa apabila ditanya mengenai tragedi 1996 keluarga Santorum apabila bayi pra matangnya  meninggal dunia beberapa jam selepas dilahirkan dan menyifatkannya sebagai ‘saat yang sukar dalam hidup keluarganya’. \r“Santorum seorang konservatif. Saya rasa yang saya tahu nilai beliau,” kata pengatur cara komputer,  Richard Puhl, 45, dari Des Moines, yang membawa anaknya berusia empat dan tujuh tahun bertemu Santorum di restoran Pizza Ranch di Boone.\rDitanya siapa pilihannya, Romney atau Obama? Puhl tidak teragak-agak menjawab: “Romney, tetapi saya lebih gemar tidak membuat pilihan.” – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.043429 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list