CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

Dua isu besar FINAS

[Copy link]
Post time 5-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Lambakan filem, penarikan duti hiburan beri kesan domino kepada industri\rMASALAH lambakan filem kalau tidak diatasi dengan sempurna boleh memudaratkan industri perfileman pada jangka panjang. \r\n\n\n\nSehubungan itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu melihat perkara ini dengan serius kerana lambakan ini akan memberi kesan domino kepada industri.\r \rSebagai contoh, sesebuah filem yang sudah disiapkan, akan mengambil masa sehingga setahun untuk ditayangkan. Ini akan menyebabkan keinginan penonton untuk menonton sesebuah filem akan berkurangan.\r\n\n\n\n\n\rSelain itu, penerbit juga akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan pusingan modal kerana kelewatan atau kesukaran mendapatkan tarikh tayangan. Atas perkara ini, ia akan mengurangkan produktiviti penerbit dalam menghasilkan filem. \rIni disebabkan oleh proses keseluruhan dari penggambaran hingga tayangan mengambil masa sehingga 18 bulan. Penggiat industri filem pernah mengemukakan cadangan kepada FINAS untuk menggunakan sistem penggiliran tayangan sebanyak dua dua filem seminggu bagi menyelesaikan masalah ‘back log’ tetapi sehingga tidak belum ada tindakan diambil oleh perbadanan. \rMengikut data FINAS, jumlah Sijil Penerbitan Penggambaran (SPP) bagi filem cereka, sebanyak 60 filem menjalani penggambaran pada tahun 2010, manakala daripada Januari 2011 hingga September 2011, sebanyak 84 filem diterbitkan. \rWalaupun jumlah filem diterbitkan ini disambut baik oleh industri perfileman, tetapi ia tetap menghadirkan rasa bimbang dikalangan penerbit atau syarikat perfileman. \rMereka terpaksa menunggu giliran yang lebih panjang. Sesetengahnya sudah mula membayar pinjaman kepada bank sedangkan filem belum masuk panggung lagi. Bagi syarikat penerbitan kecil pula, ia memberi masalah besar kerana perancangan untuk menerbitkan filem seterusnya terbantut. \rBayangkan kalau kalau sebuah syarikat penerbitan sahaja sudah menerbitkan hingga 15 filem setahun. \rIa tidak termasuk syarikat penerbitan yang menghasilkan empat hingga lima filem setahun. Kalau tahun 2011, sebanyak 42 filem ditayangkan, angka itu mungkin bertambah sehingga 50 filem pada tahun ini. \rKalau semua hendak ditayangkan pada tahun 2012, bermakna enam hingga lapan filem terpaksa masuk panggung serentak dalam tempoh sebulan. Atau sekurang-kurangnya lapan filem ditayangkan serentak dalam seminggu. Jika tidak, filem ke-50 yang sudah disiapkan pada Oktober atau November 2011, mungkin mendapat tarikh tayangan pada tahun 2013. \rSetakat ini, bagi tempoh dua bulan pertama tahun 2012 iaitu Januari dan Februari, sudah sembilan filem sudah mendapat tarikh penayangan. \rSelain soal lambakan filem, isu lain ialah mengenai penarikan duti hiburan, satu keputusan yang dibuat oleh kerajaan dan FINAS sebagai dibuat tanpa mengambil kira keadaan sebenar industri ini. \rPenarikan duti sebanyak 20 peratus mengakibatkan penerbit kehilangan 30 peratus pendapatan bersih dari pawagam. \r“Saya tidak faham, rasional dari penarikan duti hiburan itu. Seharusnya kerajaan, menambahkan lagi bantuan dan insentif bagi menyokong penerbit untuk pembangunan industri. \r“Statistik membuktikan, antara penyumbang kepada pembangunan industri hari ini datang dari pemberian duti hiburan kerajaan. Alhamdulillah kini industri filem sudah berjaya melepasi fasa pertama iaitu mendapat jumlah penonton hampir sejuta orang ke pawagam.\r“Secara holistiknya kita lihat pembangunan dari sudut ekonomi juga berlaku ke atas sektor lain yang terbabit secara terus seperti peningkatan jumlah pawagam dan penambahan institusi pengajian tinggi yang menjurus kepada industri seni. Peluang pekerjaan juga kini dapat dilihat semakin banyak,” kata bekas Ahli Lembaga FINAS dan penerbit Excellent Pictures, Ahmad Idham Nazri.\rMenurutnya, kini penerbit tertanya-tanya kenapa penarikan itu berlaku kerana dia melihat seperti berlaku ketidakadilan apabila hanya penerbit saja yang ‘dihukum’ kerajaan sedangkan tiada usaha dari FINAS untuk melihat di sektor lain bagi berkongsi kehilangan itu. \rDia juga berasakan insentif baru yang hendak di perkenalkan oleh FINAS sebagai jalan selamat untuk menutup kelemahan dengan menggunakan alasan kegagalan kerajaan negeri  untuk memulangkan kembali duti hiburan kepada kerajaan pusat yang menyebabkan penarikan ini berlaku.\r“Bagi saya antara pemasalahan kerajaan pusat dan negeri itu adalah agenda politik. Kalau kerajaan gagal untuk mendapatkan duti itu dari kerajaan negeri di sebabkan pentadbiran pihak pembangkang, kenapa industri filem yang di hukum.\r“Secara logiknya Kerajaan Pusat masih mengambil cukai pendapatan syarikat perfileman dan cukai syarikat pawagam seperti GSC dan TGV, contohnya dan begitu juga cukai ke atas makanan dan minuman yang di jual di kaunter pawagam, tidakkah itu juga hasil dari industri hiburan yang boleh di salurkan sebahagiannya kepada industri,” jelas Ahmad Idham lagi. \rKesan pada penarikan duti hiburan ke atas kutipan kasar filem\r1. Kehilangan hampir 30 peratus pendapatan bersih.\r2. Peningkatan dalam risiko penerbit kerana sesebuah filem harus mendapatkan kutipan lebih RM2 juta untuk sekurang-kurangnya balik modal. Tapi berdasarkan statistik menunjukkan hanya dua daripada lima filem yang berjaya melepasi kutipan RM2 juta. \r3. Penerbit akan mengurangkan semula kos penerbit atas sebab risiko tinggi.  Lebih menjurus kepada filem kos rendah kembali seperti dulu, seterusnya menjejaskan kualiti penerbitan. \r4. Penerbit tidak berani mengembangkan sektor dalam syarikat penerbitan agar kos belanja bulanan dapat di rendahkan.\r5. Peluang pekerjaan akan berkurangan atau terhad kerana penerbit tidak berani melabur besar.\r6. Kadar pengangguran pada graduan perfileman akan meningkat.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.035888 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list