CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Megah Terukir Di Bintang

[Copy link]
Post time 6-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Lebar profil kerjaya seni perkenal bakat muda\rSEGALA-GALANYA tampak sempurna buat Yuna untuk permulaan 2012 apabila tampil bersama album kedua, Terukir Di Bintang selain melebarkan profil kerjaya seni dengan memperkenalkan bakat muda berpotensi besar, Diandra Arjuanaidi di bawah label Yuna Room Records (YRR).\r\n\n\n\n\rMac nanti edaran buah tangan sulung yang sepenuhnya dirakam di Amerika Syarikat pula menyusul sekali gus menjadi pemangkin untuk penyanyi, merangkap komposer ini menembusi pasaran luar.\r\r\n\n\n\n\nSepanjang tahun lalu juga tiada siapa dapat menafikan dia kekal cemerlang dengan satu persatu tawaran sebagai duta produk, persembahan pentas silih berganti, pengiktirafan terhadap karyanya dan terbaru diberi penghormatan menjayakan persembahan MTV Iggy\'s Best New Band Concert di Times Square, New York.\rJika ada pun, kontroversi membabitkan dirinya hanya disebabkan kesilapan teknikal pihak lain, namun sedikit pun tidak mencalarkan reputasi atau menggugat semangatnya untuk cekal melangkah termasuk membantu Diandra yang juga teman seperjuangan ‘masuk’ ke arus perdana.\rAkuinya sebaik menyaksikan persembahan langsung gadis itu di gig Moonshine kendalian Reza Salleh, dia nampak keistimewaan gadis itu, sekali gus bagai melihat dirinya sendiri lima tahun lalu - merakamkan lagu tetapi tidak mengetahui kaedah pemasaran.\r“Apabila melihat  Diandra, saya nampak diri saya lima tahun lalu, bersemangat namun belum bertemu cara perkenalkan karya kepada umum. Selepas berbincang, kenapa tidak dia menyertai YRR yang pada dasarnya hanya bertindak untuk pengurusan kerana produknya sudah dirakamkan sendiri.\r\n\n\n\r“Mendengar dia mengadakan persembahan langsung, saya yakin dia mampu pergi jauh bersandarkan vokal yang bagus selain kemampuan menulis lagu yang baik. Dia juga bersungguh terhadap muzik.  \r“Bagi saya, YRR hanya menjadi pembuka jalan. Diandra sudah ada pendengar yang mengikuti lagu-lagunya daripada YouTube dan gig, jadi tiada masalah dari segi edaran,” katanya pada majlis pelancaran kedua-dua album.\rMenganggap kehadiran penyanyi sulung yang bernaung di bawah label syarikatnya sebagai permulaan, pada masa akan datang Yuna masih mempertimbangkan hasrat menambahkan lagi penyertaan bakat lain.\rPada masa sama, anak seni berusia 25 tahun itu berharap pendengar tidak membuat perbandingan antara lagunya dengan Diandra kerana masing-masing mempunyai konsep muzik yang berbeza.\r“Apabila melihat penyanyi wanita menulis lagu sendiri dan memetik gitar, pasti mereka disamakan dengan saya. Ia sekadar persepsi kerana selepas mendengar album Diandra, pasti peminat dapat merasakan perbezaannya,” katanya mengenai album yang bakal diedarkan FMC itu.\rBerbalik kepada pembikinan album keduanya untuk edaran tempatan, senyuman Yuna terus berbunga apatah lagi selepas lama menunggu akhirnya lapan lagu yang sudah dirakamkan sejak awal tahun lalu dapat dikongsi peminat.\rMelihat kulit muka depan, akui penyanyi tinggi lampai itu pasti peminat menganggap ia sekadar tangkap muat apabila ia tidak seperti album lain - kelihatan sangat ringkas.\r“Sebagai syarikat kecil, kami cuba meminimumkan kos tetapi tidak bermakna isinya kurang bermutu. Saya sendiri tidak akan berkompromi soal kualiti malah sepanjang merakamkan setiap lagu, prosesnya mengambil masa.\r“Pengisiannya daripada Yuna, begitu juga muziknya. Walau saya akan melancarkan album Inggeris sepenuhnya untuk pasaran luar, saya tetap mahu berkongsi lagu Melayu dan beberapa dendangan Inggeris untuk peminat di sini apatah lagi selepas kemunculan Decorate pada 2010, peminat tertanya-tanya album kedua.\r“Segala-galanya masih seperti dulu cuma mungkin album kali ini menonjolkan kelainan sekali gus kematangan saya. Jika album sulung lebih kepada alternatif dengan kisah jiwa lara, kali ini lebih santai,” kongsinya lagi yang enggan mengiya atau menafikan lagu Terukir Di Bintang melambangkan aura bahagia yang dikecapi kini.\rHanya tersenyum apabila diusik mengenai kaitan lagu itu dengan hubungannya bersama hos popular, Qi, Yuna yang baru dua hari kembali ke tanah air selepas bercuti bersama ibu bapa, pengurus dan kekasihnya itu dari Eropah.\rJika selama ini penyanyi yang turut mempertaruhkan dua lagu Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL 26) menutup mulut berhubung kisah cintanya, sedikit sebanyak dia semakin terbuka namun masih cuba berselindung dengan memaklumkan kekasihnya itu menggemari lagu Fears and Frustration, bukannya Terukir Di Bintang.\r“Sebenarnya Qi belum mendengar keseluruhan lagu ini cuma dia lebih menyukai Fears and Frustration kerana ia punya melodi ala 90-an. Mana tidaknya dia memang membesar pada zaman itu. Ia juga paling eksperimental.\r“Untuk lagu Terukir Di Bintang pula, saya mengambil inspirasi daripada lagu lama. Melodinya juga kedengaran klasik tetapi secara keseluruhan album ini santai didengar,” tambahnya.\rMenyentuh persediaan AJL 26, Yuna yang mempertaruhkan Gadis Semasa serta Penakut baru 20 peratus melakukan persiapan dan baru masuk studio dua hari lalu.\r“Setakat ini saya dan anggota band baru jamming untuk lagu Gadis Semasa terutama susunan muziknya. Saya berpuashati melihat hasilnya tetapi  untuk Penakut, kami masih mencari-cari yang terbaik, tunggu saja malam kemuncak nanti.\r“Soal lagu mana yang saya utamakan, saya memberi fokus sama rata. Saya juga tidak mahu menaruh harapan terlampau tinggi kerana dalam setiap pertandingan ada kalah dan menang tetapi yang pasti saya memang ternanti-nantikan AJL.\r“Saya suka menyertai AJL ia acara muzik yang membuka peluang kepada saya bertemu rakan sealiran malah lebih penting dapat bertukar fikiran dengan penggiat industri berpengalaman,” katanya.\rSuka tidak bermakna meniru Yuna\rPEMBABITAN gadis ini dalam dunia muzik perdana mungkin kurang disedari oleh masyarakat umum. \rBegitupun, dia cukup aktif mengembangkan bakat nyanyiannya menerusi media sosial seperti YouTube seperti mana yang dilakukan oleh Yuna kerana menerusi cara ini bukan saja boleh memberikan semangat serta keyakinan tetapi juga dapat mengetahui sejauh mana kemampuannya diterima peminat. \rMewarisi darah seni daripada keluarganya mungkin memberi kelebihan kepada penyanyi muda berbakat besar ini. Namun, kejayaan dikecapi menerusi usaha sendiri, dia tidak memperbesar-besarkan pengaruh keluarga dalam kerjaya seninya. \rDiandra, 20, yang juga cucu kepada Datuk Rosnani Jamil dan Datuk Jamil Sulong mengakui ruang yang dibuka Yuna melebarkan lagi langkahnya selepas menimba pengalaman menerusi gig.\rMula diperkenalkan di arena hiburan oleh Reza Salleh yang menonton video klip lagunya di YouTube kira-kira dua tahun lalu, lepasan Kolej Sunway dalam jurusan Seni Persembahan itu memaklumkan muzik Yuna turut memberi inspirasi kepadanya dalam menghasilkan muzik sendiri.\r“Saya akui membesar dengan muzik Yuna tetapi tidak bermakna saya menirunya. Cuma kebetulan apabila menyanyi ada kalanya saya memetik gitar. Kami ada identiti sendiri dan saya sendiri kagum dengan kemampuan Yuna yang mampu pergi jauh dalam arena ini.\r“Sebenarnya kelapan-lapan lagu sudah saya rakamkan selama setahun pada 2011. Saya sendiri tidak menyangka akan bergerak sejauh ini namun inilah bidang yang saya cintai,” katanya yang mula menghasilkan lagu pada usia 14 tahun dengan ciptaan pertama You yang turut dimuatkan dalam album berkenaan.\rHanya memuatkan sebuah lagu Melayu berjudul Angkasa, dedah gadis tinggi lampai yang pernah membintangi drama bersiri Gemilang dan Sakura itu katanya ia percubaan pertama memandangkan kebanyakan ciptaannya menggunakan bahasa Inggeris.\r“Di rumah kami berbahasa Inggeris untuk berinteraksi tetapi bukan bermakna saya enggan bercakap Melayu cuma kosa kata yang masih terhad membuatkan saya sukar menulis seni kata kerana menulis lirik dan bercakap tidak sama,” kata anak bongsu daripada dua bersaudara yang punya darah Cina di sebelah ibu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.046236 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list