View: 255|Reply: 0
|
Keluarga diraja digelar ‘kera ditonton’
[Copy link]
|
|
SLEMAN (Yogyakarta): Pepatah Melayu ada mengatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya dan itulah yang berlaku kepada pengkritik kerajaan Indonesia, George Junus Aditjondro, yang berdepan hukuman empat tahun penjara selepas didakwa menghina keluarga diraja Yogyakarta.\rKetua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Yogyakarta, Kris Erlangga, berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh bahawa George mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap institusi diraja daerah istimewa itu.\r\n\n\n\n\rGeorge yang kerap mengkritik bekas Presiden Suharto dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, didakwa mengeluarkan kata-kata yang bertujuan mempersenda Istana Yogyakarta apabila menyamakan institusi itu dengan ‘kera ditonton’.\r\r\n\n\n\n\nKetika bercakap pada satu forum politik di Universiti Gadjah Mada 30 November lalu, George berkata: “Keraton (istana) Yogyakarta tidak boleh dibandingkan dengan istana Britain. Keraton Yogyakarta hanyalah sebuah keraton, atau kera ditonton.”\rKenyataan George serta-merta menimbulkan kemarahan penduduk tempatan yang mendakwa dia menghina keluarga diraja Yogyakarta.\rSekumpulan orang awam kemudian menyerbu rumahnya bagi mengusir pengkritik terbabit dari bandaraya itu. \rKris berkata, George akan didakwa di bawah fasal 156, Kanun Acara Jenayah era Belanda, yang menetapkan hukuman maksimum empat tahun penjara kepada sesiapa yang menghina raja. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|