|
\'OxOmar\' digelar pengganas janji terus dedah maklumat warga YahudiBAITULMAQDIS: Media Israel mendedahkan penggodam yang menyiarkan maklumat peribadi beribu-ribu warga negara Yahudi sebenarnya seorang rakyat Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang beroperasi di Mexico dan berusia 19 tahun menyebabkan Tel Aviv menyifatkannya sebagai pengganas dan memberi amaran akan mengambil tindakan balas.\n\n\n\nAkhbar Haaretz mendedahkan temu ramah menerusi emel dengan penggodam itu yang menamakan dirinya ‘OxOmar’ yang sebelum ini dilaporkan sebagai bekerja di Arab Saudi.\n\n\n\n\n\nLaman web Israel, Ynet, sebelum ini memetik OxOmar menjelaskan perbuatannya menggodam maklumat di Yahudi itu atas alasan:“Israel menyerang dan membunuh penduduk Palestin yang tidak berdosa, perbuatan mereka adalah pembunuhan beramai-ramai dan melanggar undang-undang antarabangsa. “Tindakan menyakitkan hati orang yang menakluki tanah orang lain dan mencederakan mereka bukan perbuatan yang tidak baik, ia satu pembalasan dendam.”Khamis lalu, OxOmar berkata dia sudah membocorkan maklumat peribadi lebih 400,000 penduduk Israel. Syarikat kad kredit berkata, 25,000 nombor sesetengahnya sudah luput tarikh, didedahkan Jumaat lalu. Dia juga berikrar mendedahkan semua maklumat kad kredit penduduk Yahudi yang ada padanya sebanyak 1,000,000 orang.Mengulas perkembangan terbaru, Israel berkata, pendedahan online maklumat kad kredit penduduknya adalah perbuatan sama seperti melakukan keganasan dan berjanji untuk memburunya.Seorang pembantu Timbalan Menteri Luar Danny Ayalon, Lital Shochat, berkata Israel sedar mengenai laporan itu namun belum meminta bantuan pihak berkuasa Mexico.“Serangan siber itu satu pelanggaran kedaulatan Israel, sama seperti operasi pengganas dan perlu ditangani dengan sewajarnya,” kata Ayalon.Dalam usaha mengumpan ‘OxOmar’ melakukan kesilapan, beliau berkata, Israel tidak menolak kemungkinan ia dilakukan kumpulan lebih terancang dan canggih, bukan oleh belia bersendirian.“Israel mempunyai keupayaan menyerang mereka yang cuba mengancamnya dan tiada agensi atau penggodam kebal daripada tindakan balas,” katanya.Kecurian data itu jelas memfokuskan kepada laman web komersial dan antara yang terburuk pernah dihadapi Israel.Ketika pegawai kerajaan dan syarikat kad kredit berkata kerosakan kewangan adalah kecil, pelanggaran dialu-alukan kumpulan militan Palestin, Hamas dan menambah kebimbangan berhubung potensi maklumat dicuri oleh musuh negara Yahudi itu. – Agensi/Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|