View: 246|Reply: 0
|
PM Jepun cadang pecat dua menteri
[Copy link]
|
|
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda merancang memecat dua menteri bermasalah dalam satu rombakan kabinet ketika beliau cuba memberi laluan untuk kenaikan cukai, menurut laporan semalam.\rNoda mengarahkan semua anggota kabinetnya supaya tidak terlepas menghadiri mesyuarat Jumaat ini walaupun mereka terpaksa menukar rancangan perjalanan, lapor akhbar Jepun.\r\n\n\n\n\r Menteri Pertahanan Yasuo Ichikawa, seorang daripada menteri yang dipersoalkan akan memendekkan lawatan rasmi ke Mongolia dan kembali ke tanah air Khamis ini manakala Motohisa Furukawa, menteri dasar nasional, membatalkan kunjungan ke Amerika Syarikat.\r\r\n\n\n\n\n “Saya mahu anggota kabinet berkumpul secepat mungkin bagi mewujudkan satu pasukan kukuh serta dapat bekerjasama sebagai satu pasukan” sebelum satu sesi biasa parlimen bermula bulan ini, Noda berkata kelmarin.\rDitanya jika beliau membuat ulasan dengan rombakan kabinet dalam fikirannya, perdana menteri itu berkata: “Saya bermaksud apa yang saya katakan,” AFP.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|