CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

7 gunung berapi aktif diawasi

[Copy link]
Post time 10-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pihak berkuasa  Indonesia siap sedia langkah hadapi senario terburuk\rJAKARTA: Agensi Pencegahan Bencana Nasional Indonesia menyatakan bahawa tujuh gunung berapi terletak di seluruh kepulauan itu negara itu kini diawasi dengan rapi manakala semua pihak berkaitan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.\r\n\n\n\n\r   Jurucakap agensi itu  Sutopo Purwo Nugrowo berkata ia sudah menyiapkan langkah untuk menghadapi senario terburuk manakala pihak berkuasa mengadakan pertemuan  Sabtu lalu untuk membincangkan langkah yang perlu diambil berikutan perkembangan terbaru ketujuh-tujuh gunung terbabit yang dilihat semakin aktif.\r\r\n\n\n\n\n   Tujuh gunung berapi itu ialah  Gunung Papandayan di Jawa Barat; Karangetang dan Lokon di Sulawesi Utara; Ijen di Jawa Timur; Gamalama di Maluku Utara; Anak Krakatau di Lampung dan Lewotolo di Timur Nusa Tenggara.\rSutopo berkata agensi memantau rapat setiap gunung berapi dan langkah pencegahan berbeza di setiap rantau kerana kriteria berbeza gunung berapi dan jajahan.\rBagaimanapun, katanya secara umum, agensi merancang laluan pemindahan, tapak untuk pelarian, bekalan logistik, jentera dan pemetaan sukarelawan.\r“Rancangan itu diselaraskan, namun kami terus memperbaharuinya untuk menyesuaikan dengan keadaan terkini. Bagi Papandayan, kami sudah melakukan latihan tiga kali supaya penduduk menyesuaikan diri dengan langkah itu,” katanya.\r\n\n\n\rJumaat lalu, Gunung Lokon meletus, mengeluarkan awan debu  setinggi 1,500 meter, namun ia kembali tenang menjelang pagi Sabtu  dan penduduk tinggal berhampiran gunung itu dipindahkan.\rDi Maluku Utara, kira-kira 296 penduduk masih berada di pusat perlindungan di Dufa-Dufa selepas letusan terakhir Gunung Gamalama pada awal Disember lalu. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.056670 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list