|
Kekuatan populariti kebanyakan Top 5 ABPBH2011 seimbang\rSENARAI calon akhir Edisi Jubli Perak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 menyaksikan persaingan sengit membabitkan wajah lama, baru serta mereka yang terpalit dengan kontroversi sepanjang tahun lalu. \r\n\n\n\n\rSenarai akhir Top 5 kali ini dijangka memberikan cabaran kepada peminat dan pembaca untuk memilih siapa di antara mereka yang benar-benar layak sebagai pemenang dalam 12 kategori masing-masing ABPBH2011.\r \r\n\n\n\n\nTerus mengekalkan nama dalam senarai Top 5 adalah Faizal Tahir, Anuar Zain, Lisa Surihani, Aizat, Jaclyn Victor, Maya Karin, Faizal Ismail Aznil Nawawi, Stacy, Yuna, Black, Abby Fana dan Raja Azura.\rSelain itu, beberapa nama baru berjaya senarai akhir ABPBH2011 seperti Najwa Latiff, Forteen, Awi Rafael dan Johan Ariff As’ari. \rManakala mereka yang dibantu kejayaannya dengan cerita sensasi dan kontroversi pula ialah Fasha Sandha, Neelofa, Nur Fathia dan Rozita Che Wan.\rBegitupun, senarai pencalonan kali ini juga turut mengejutkan apabila nama besar dan masih popular gagal menempatkan diri dalam Top 5 ABPBH2011. Siapa sangka, Shahir yang pernah memenangi kategori Artis Baru Lelaki Popular dan finalis kategori Penyanyi Lelaki Popular ABPBH 2010 tidak berjaya melepasi kedudukan lima teratas dua kategori awal yang ditandinginya iaitu Penyanyi Lelaki dan Pelakon Filem Lelaki Popular. \r\n\n\n\rUntuk berita lanjut berserta gambar menarik juga senarai calon akhir Edisi Jubli Perak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, dapatkan sisipan Hip dalam akhbar Berita Harian hari ini\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|