CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

Unjur dagangan lonjak 8 peratus

[Copy link]
Post time 18-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PERDAGANGAN negara diunjurkan berkembang antara tujuh hingga lapan peratus tahun ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed.\rDari Januari hingga November 2011, Malaysia mencatat dagangan berjumlah RM1.16 trilion, yang mana RM633.81 bilion adalah nilai eksport sementara RM521.81 bilion adalah nilai import, menurut perangkaan perdagangan rasmi. \r\n\n\n\n\r  Mustapa berkata, meskipun keadaan ekonomi dunia semakin mencabar, Malaysia masih mencatat pertumbuhan antara lain didorong pelaksanaan Projek Permulaan kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi. \r\r\n\n\n\n\n  “Apa yang penting adalah menyedari Malaysia tidak kebal kepada kesan cabaran pada peringkat global,” katanya pada program Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan usahawan dan pengeksport di Kuala Lumpur, semalam.\rBeliau berkata, meskipun Malaysia dapat mencapai prestasi dagangan yang  diterima baik tahun lalu, namun  eksport akan terjejas  jika pemulihan ekonomi dunia yang dinanti-nantikan tidak menjelma. \rMustapa menegaskan, matlamat MITI  membantu memudahkan produk dan perkhidmatan Malaysia memasuki pasaran luar negara. \r“Kita akan meningkatkan penyertaan dalam kegiatan promosi, terutama dalam pasaran yang pesat berkembang seperti China dan India serta bekerjasama dengan pembeli utama untuk membantu pengeksport menyepadu rantaian bekalan global mereka,” katanya. \r\n\n\n\rSementara itu,  Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik MATRADE, Susila Devi, berkata pihaknya akan meneruskan kegiatan promosinya   tahun ini. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.102776 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list