View: 137|Reply: 0
|
'Rombak pengurusan PROTON'
[Copy link]
|
|
DRB-Hicom bakal laksana lima rancangan pastikan syarikat berdaya saing\rDRB-Hicom Bhd semalam menggariskan lima rancangan utama yang disifatkan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, sebagai ‘amat praktikal dan bukan omong kosong’ untuk mengemudi Proton Holdings Bhd muncul jenama automotif pilihan, bukan saja di pasaran tempatan malah antarabangsa.\r\n\n\n\n\rTanpa mendedahkan tempoh khusus pelaksanaannya, konglomerat dikuasai usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary itu, antara lain akan membuat sedikit rombakan kumpulan pengurusan utama Proton Holdings dan mengkaji semula rancangan serta kontrak perjanjian perniagaan sedia ada dan akan datang pengeluar kereta nasional itu bagi memastikan ia berdaya maju dan boleh dipraktik.\r\r\n\n\n\n\nRancangan lain ialah meminimumkan kos termasuk menggabungkan pasukan vendor dan rangkaian pengedaran di bawah DRB-Hicom dan Proton Holdings serta menerapkan lebih banyak kemahiran dan pengetahuan di kalangan kakitangan Proton Holdings dengan memanfaatkan Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) DRB-Hicom di Pekan, Pahang.\rRancangan paling utama konglomerat yang kini memasang dan mengedar kereta Volkswagen, Mercedes-Benz dan Honda itu ialah menubuhkan pakatan strategik membabitkan syarikat kereta nasional terbabit dengan gergasi automotif asing, bagi membolehkannya menerima lebih banyak teknologi, selain membantu meningkatkan jenama Proton dan jualan kenderaannya.\rBagaimanapun, Mohd Khamil menegaskan, sebarang pakatan strategik yang akan diadakan dengan syarikat automotif asing tidak akan sesekali membabitkan penjualan ekuiti dalam Proton Holdings.\r“Apa yang DRB-Hicom mahukan adalah pakatan itu seharusnya meningkatkan teknologi dan kualiti kereta Proton, kerana kami mahu mengubah mentaliti dan persepsi pengguna terhadap jenama Proton yang sebelum ini amat sinonim dengan masalah kualiti hingga menyebabkan prestasi jualannya merudum dan sukar bersaing.\r\n\n\n\r“Selepas menyelesaikan masalah itu, kami yakin jenama Proton mampu ditingkatkan dan bersedia bersaing sebaris dengan jenama kereta global lain, sekali gus melonjakkan kedudukan sektor automotif negara di persada dunia,” katanya pada taklimat media pertamanya, di Shah Alam, semalam, selepas DRB-Hicom diumumkan pemenang bidaan bagi mengambilalih 42.74 peratus kepentingan Khazanah Nasional Bhd dalam Proton Holdings pada Isnin lalu.\rMohd Khamil berkata, selepas semua rancangan, khususnya yang membabitkan pemindahan teknologi dan peningkatan kualiti yang digariskan untuk Proton Holdings itu dilaksanakan, mentaliti pengguna tempatan bahawa kereta Proton perlu dijual pada harga murah, harus dihapuskan.\r“Contoh terbaik ialah kereta Honda atau Toyota yang boleh disifatkan sebagai kereta nasional Jepun, tetapi tidak dijual murah di negara itu.\r“Situasi yang sama akan berlaku bagi kereta Proton kerana selepas kami meningkatkan teknologi dan kualitinya setara dengan kereta asing lain, sudah tentu pengguna tidak harus mempertikaikan lagi harganya,” katanya sambil menegaskan harga haruslah sepadan dengan kualiti sesuatu produk.\rDalam pada itu, Mohd Khamil berkata, pihaknya masih belum memutuskan sama ada ingin menjual atau mengekalkan pegangan Proton Holdings dalam anak syarikatnya yang berpangkalan di United Kingdom, Group Lotus plc.\r“DRB-Hicom akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Proton Holdings dan Lotus secepat mungkin untuk melihat rancangan mereka sebelum membuat sebarang keputusan muktamad mengenainya,” katanya sambil menambah Lotus Group sudah lama berada di bawah Proton Holdings dan sudah melakukan beberapa perkara yang baik terhadap syarikat kereta nasional berkenaan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|