CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

Dengarnya...: Neelofa temani Hans Isaac

[Copy link]
Post time 19-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
TAHNIAH buat Awie dan Ella yang memberikan kenangan manis kepada penonton konsert mereka berdua di Istana Budaya (IB), tempoh hari. Sepanjang empat hari Cik Normah dengar tempat duduk hampir penuh. \rSudah tentu selain orang kuat IB, Datuk Juhari Shaarani, Hans Isaac selaku pencetus dan penggerak persembahan mega menggabungkan dua ikon popular ini tersenyum lebar. Mana taknya, penat lelah sepanjang empat bulan berbaloi.\r\n\n\n\n\rDalam rasa terkilan kerana berasakan ada pihak cuba mensabotaj beberapa siri produksi terbitannya seperti diluah pada sidang media pada malam pembukaan, ada sesuatu yang pastinya membuatkan perasaan Hans reda sedikit.\r\r\n\n\n\n\nBukan apa, ada mata-mata yang sudah ternampak kelibat bintang Azura 2011, Neelofa, pada malam pembukaan hadir memberi sokongan moral kepada teman tapi mesra yang pernah digosipkan dengannya itu.\rMemang kalau setakat mengikuti konsert, tiadalah orang berbisik-bisik kerana ramai lagi selebriti lain yang menjejakkan kaki ke konsert terbabit sepanjang empat malam persembahan. Tetapi dalam kes Neelofa, situasinya agak pelik sedikit.\rIyalah, buat apa dia mahu menyorok di tempat kru makan sebaik konsert berakhir? Bukan satu dua mata yang ternampak kelibatnya berada di lokasi tersorok yang juga di belakang tempat sidang media berlangsung.\rWalau dalam sebuah akhbar si genit itu menyatakan antara mereka tiada hubungan intim, ramai sudah dapat mengagak dalam hati mereka ada taman yang mekar. Lagi pun, masing-masing masih solo, apa nak takut?\r\n\n\n\rPatutlah Hans meminta diri awal, mungkin mahu menemani si dia makan di tempat lain. Iyalah, di situ ramai orang.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.152227 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list