View: 204|Reply: 0
|
Lorenzo kembali, Litar Sepang jadi pilihan
[Copy link]
|
|
SELEPAS tidak beraksi pada tiga perlumbaan terakhir musim lalu, juara dunia 2010, Jorge Lorenzo akan kembali ke litar pada sesi ujian rasmi pertama MotoGP musim baru di Litar Sepang pada 31 Januari hingga 2 Februari ini.\rPelumba Yamaha dari Sepanyol itu disahkan sudah cergas menjalani sesi ujian di Litar Sepang itu yang juga menandakan kepulangan penuh emosi buat penunggang MotoGP selepas insiden kematian tragik penunggang Honda, Marco Simoncelli ketika Grand Prix MotoGP Malaysia, Oktober tahun lalu.\r\n\n\n\n\r “Berita baik untuk peminat MotoGP dan juga Lorenzo apabila dia akan kembali ke litar bersama jentera baru Yamaha YZR-M1 di Sepang nanti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali dalam satu kenyataan.\r\r\n\n\n\n\n Selepas sesi ujian rasmi pertama itu, pelumba akan kembali semula ke di Litar Sepang sesi ujian kedua pada 28 Februari hingga 1 Mac.\rAntara pelumba utama yang akan kembali ke Sepang ialah pelumba Itali, Valentino Rossi yang mewakili Ducati untuk musim kedua berturut-turut, pelumba Honda dari Australia yang juga penyandang juara, Casey Stoner dan pelumba Yamaha dari Sepanyol, Dani Pedrosa.\rKejuaraan MotoGP 2012 akan bermula di Losail, Qatar pada 8 April, sebelum perlumbaan terakhir dijadualkan di Valencia, Sepanyol pada 9 hingga 11 November.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|