View: 181|Reply: 0
|
Penerbit gesa Obama dibunuh
[Copy link]
|
|
Cadangan disiar akhbar Yahudi, Presiden AS didakwa amal dasar anti IsraelATLANTA: Israel perlu menghantar ejen Mossad untuk membunuh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kerana mengamalkan dasar anti Israel, kata pemilik sebuah akhbar Yahudi Amerika, kelmarin.\n\n\n\nPenerbit akhbar The Atlanta Jewish Times, Andrew Adler dalam kolumnya di akhbar itu pada 13 Januari lalu memberi alasan tindakan itu wajar kerana Obama mengancam negara Yahudi itu.\n\n\n\n\n“Beri arahan bunuh presiden Amerika supaya Israel terus wujud jika beliau mengambil tindakan demi kepentingan Israel,” kata Adler.Malah, dia juga percaya idea itu walaupun sukar difahami, tentu sudah dibincangkan pemimpin tertinggi Israel.“Sejauh mana anda sanggup bertindak untuk menyelamatkan tujuh juta nyawa Yahudi, Kristian dan Arab? Anda perlu yakin, seperti juga saya sendiri bahawa setiap tindakan perlu dipertimbangkan,” kata Adler lagi.Berita mengenai gesaan Adler itu dimuatnaik ke internet oleh laman web Gawker dan segera mendapat tumpuan media Amerika dan antarabangsa.\n\n\nIa disusuli laporan yang memetik speaker dewan undangan negeri Kansas, Mike O’ Neal berharap Obama akan pendek umur.Adler kemudian menyuarakan rasa kesal selepas menerima banyak kecaman.“Saya amat kesal atas pandangan itu. Saya tidak sepatutnya memberi pandangan itu,” katanya sambil berjanji menyiarkan permintaan maaf dalam edisi akhbar seterusnya.Adler juga memberitahu Gawker bahawa dia menyiarkan pandangan itu untuk melihat reaksi pembaca tetapi tidak sama sekali menyokong tindakan terhadap Obama atau mengetahui sekiranya Israel menimbangkannya. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|