View: 224|Reply: 0
|
Sentoria tawar 100 juta saham
[Copy link]
|
|
Pengendali Gambang Resort City lancar IPO sempena penyenaraian di BSKL SENTORIA Group Bhd, iaitu pengendali taman tema Bukit Gambang Resort City, akan menawarkan 100 juta saham dalam tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia yang dijadualkan bulan depan.\n\n\n\n Mengikut draf prospektus IPO yang disiarkan di laman web Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebelum ini, Sentoria berkata daripada jumlah berkenaan, 20 juta saham yang bernilai 20 sen seunit itu adalah bagi langganan awam, manakala 10 juta saham diperuntukkan kepada pengarah, kakitangan dan sekutu niaganya yang layak yang ditawarkan masing-masing pada harga 85 sen seunit.\n\n\n\n\n\n Sebanyak 30 juta unit saham pula ditawarkan kepada pelabur terpilih pada harga 87 sen seunit.Syarikat itu turut membuat tawaran untuk jualan 40 juta saham sedia adanya kepada pelabur Bumiputera terpilih yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).Ketua Perhubungan Awam dan Pelaburnya, Nasiruddin Nasrun, dalam satu temubual baru-baru ini berkata matlamat utama penyenaraian itu adalah untuk meningkatkan status jenama Sentoria Group selaras proses peralihan hala tuju perniagaannya.Beliau berkata, jika sebelum ini Sentoria Group umumnya dikaitkan dengan projek perumahan mampu milik sekitar Kuantan, tetapi sejak Bukit Gambang Resort City dibuka pada 2009, jenama Sentoria hari ini sinonim pengendali taman tema dan hospitaliti berjaya.\n\n\n“Seramai 10,000 orang mengunjungi Bukit Gambang Water Park hanya dalam tempoh sebulan selepas ia beroperasi pada Julai 2009, dan hari ini lebih 520,000 pengunjung dicatatkan setahun.“Seperkara menarik ialah peningkatan pengunjung dari luar Malaysia,” katanya sambil menambah lebih sejuta pengunjung telah mengunjungi taman tema itu sejak ia mula dibuka.Nasiruddin berkata, syarikat itu melihat potensi pertumbuhan tinggi dalam perniagaan riadah serta hospitaliti, dan yakin ia akan menjadi penyumbang utama kepada aliran tunainya.Beliau menegaskan, tumpuan kepada perniagaan riadah dan hospitaliti akan melengkapkan aktiviti pembangunan hartanah syarikat dan mengimbangi sumber pendapatannya.Ketika ini, bandar resort bersepadu di tapak seluas 221.36 hektar di Kuantan, Pahang itu adalah antara terbesar di Malaysia dengan menawarkan pelbagai daya tarikan termasuk Bukit Gambang Water Park, Active Academy dan kemudahan untuk mengadakan mesyuarat, konvensyen serta pameran.Sentoria Group, kata Nasiruddin akan meningkatkan kapasiti penginapan di pusat peranginan itu pada suku ketiga tahun ini bagi membolehkannya menawarkan pengalaman \'bermain dan menginap\' untuk semua pengunjung.Ketika ini, Bukit Gambang Resort City mempunyai 998 bilik penginapan di Caribbean Bay dan sedang membangunkan Arabian Bay yang akan meningkatkan kapasitinya sehingga 1,864 bilik secara keseluruhannya.Arabian Bay dianggarkan memiliki nilai pembangunan kasar (GDV) RM92 juta dan dijangka siap sepenuhnya September depan.“Lebih banyak kejutan berkaitan tarikan baru akan diumumkan pada pelancaran prospektus IPO kami hujung bulan ini,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|