CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

Dengarnya... Ellie ditatang anak buah

[Copy link]
Post time 26-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MUNGKIN ramai yang terkejut apabila mendapat tahu, pengarah filem Penanggal, Ellie Suriaty, yang mengalami keguguran pada penghujung Disember lalu, tetap turun ke lokasi penggambaran pada sebelah malam hari yang sama, bagi menyambung kerjanya.\rAlahai, kuatnya semangat wanita ini. Sudahlah kehilangan bayi yang ketika itu dikatakan berusia lima bulan dalam kandungan, pada masa yang sama dia memikul tanggungjawab berat sebagai pengarah.\r\n\n\n\n\rNamun, apa yang disampaikan ke telinga Cik Normah, tidak ada sesiapa yang memaksa Ellie untuk hadir ke lokasi. Sebaliknya dia sendiri yang bertindak begitu atas alasan tidak mahu terlalu memikirkan perkara yang berlaku.\rCik Normah juga ada mendengar daripada seorang rakan, layanan yang diberikan kepada Ellie cukup baik dan istimewa sepanjang dia bekerja, selepas kejadian terbabit.\r\n\n\n\n\n\rMana tidaknya, Ellie ibarat berpantang dalam hutan apabila disediakan sebuah van dan dikurung sepanjang penggambaran.\rPihak produksi cukup sayangkan Ellie sehingga mereka mahu wanita itu mengarah dari dalam van saja, tidak membenarkannya turun menjejakkan kaki ke bumi.\rMalah, sepanjang tempoh pantangnya itu, Ellie turut disediakan dengan makanan orang berpantang. \rJadi, kepada peminat yang bimbang serta simpati dengan nasib Ellie, mungkin boleh menarik nafas lega sikit kerana layanan pihak produksi terhadapnya cukup baik.\r\n\n\n\rDengar khabar, Ellie agak rimas apabila dia mahu bergerak ke sana ke mari, ada saja insan yang diamanahkan untuk memerhatikan pergerakannya, malah sampai ke tahap mengekorinya. \rTak apalah Ellie, mereka berbuat begitu pun demi kebaikan dan kesejahteraan Ellie sendiri. Ia juga membuktikan, bakat seni Ellie sangat dihargai, apabila mereka tidak mahu Ellie jatuh sakit kalau tidak dijaga dengan baik.\rEllie juga tidak keseorangan di lokasi kerana pelakon utama filem itu ialah suaminya sendiri. Jadi, paling tidak ada juga insan tersayang di sisi, yang sentiasa memberikan kata semangat dan dorongan, tatkala Ellie memerlukannya nanti.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.046241 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list