|
WASHINGTON: Penggodam internet yang terkenal menggunakan nama Anonymous, mengumumkan pelan untuk melancarkan serangan ke atas rangkaian sosial popular, Facebook, pada Sabtu minggu ini.\rKumpulan berkenaan menyiarkan video di laman YouTube mengumumkan rancangan itu. \r\n\n\n\n“Perang online sudah bermula antara Anonymous, orang ramai dan kerajaan Amerika Syarikat,” menurut video berkenaan.\r\rLaporan CBS News menyebut, pengumuman dibuat menggunakan akaun YouTube, AnonymousVoice777.\r\n\n\n\n\n\rAncaman terbaru kumpulan berkenaan menyerang Facebook bukanlah yang pertama. \rTahun lalu, kumpulan itu berikrar ‘membunuh Facebook pada Hari Guy Fawkes, iaitu pada 5 November.\rSetakat ini, tiada apa yang berlaku. Menurut laporan, penggodam berkenaan meminta orang ramai membantu mereka menyerang Facebook hujung minggu ini, menyatakan mereka tidak akan berdepan masalah jika turut sama dalam rancangan itu. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|