|
Sharapova ketepi Kvitova; Nadal ke final Terbuka Australia\rMELBOURNE: Maria Sharapova menebus kekalahan kepada Petra Kvitova di Wimbledon dan mara ke final Terbuka Australia yang pertama sejak memenangi kejuaraan itu pada 2008.\r\n\n\n\n\r Sementara Rafael Nadal jelas sekali lagi menjadi penghalang besar kepada impian Roger Federer apabila gah menewaskan lawan dari Switzerland itu 6-7 (5/7), 6-2, 7-6 (7/5), 6-4 untuk mara ke final bertemu Novak Djokovic atau Andy Murray dalam final, Ahad ini.\r\r\n\n\n\n\n “Bagi saya ia satu impian untuk kembali ke final,” kata pemain Sepanyol itu memuji persembahan hampir sempurna disajikan Federer yang bagaimanapun agak bergoyah pada lewat babak permainan.\rSharapova mematahkan servis Kvitova dalam permainan terakhir untuk kemenangan 6-2, 3-6, 6-4 pada separuh akhir semalam dan menempah pertemuan dengan Victoria Azarenka, yang mara selepas mengetepikan cabaran juara bertahan, Kim Clisjters.\rPemenang final kali ini bakal meraih status pemain nombor satu dunia.\r“Dalam set ketiga, saya rasa dia (Kvitova) mempunyai kelebihan kerana saya gagal melaksanakan servis dengan baik,” kata Sharapova yang lima kali melakukan kesilapan berganda ketika servis dalam set ketiga dan 10 kali dalam keseluruhan permainan.\rSharapova tewas kepada pemain ranking kedua, Kvitova pada final Wimbledon tahun lalu, kejuaraan Grand Slam pertama sejak kembali menyertai kancah tenis profesional pada 2009 selepas rehat panjang akibat pembedahan bahu. Setakat ini dia mempunyai tiga gelaran Grand Slam tetapi kemarau kejuaraan sejak Terbuka Australia empat tahun lalu.\r“Dalam set ketiga, saya rasa dia (Kvitova) mempunyai kelebihan kerana saya gagal melaksanakan servis dengan baik,” kata Sharapova yang lima kali melakukan kesilapan berganda ketika servis dalam set ketiga dan 10 kali dalam keseluruhan permainan.\rAzarenka menang pertembungan separuh akhir sebelumnya 6-4, 1-6, 6-3, dua kali bangkit daripada situasi di mana Clijsters seakan-akan mempunyai kelebihan menguasai perlawanan, sekali gus memenangi separuh akhir kedua kejohanan Grand Slam sepanjang kerjayanya.\rRafael Nadal jelas sekali lagi menjadi penghalang besar kepada impian Roger Federer apabila gah menewaskan lawan dari Switzerland itu 6-7 (5/7), 6-2, 7-6 (7/5), 6-4 untuk mara ke final bertemu sama ada Novak Djokovic atau Andy Murray dalam final, Ahad ini. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|