CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Padah curi RM1.82 juta untuk ke Disney World

[Copy link]
Post time 28-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PENNSYLVANIA: Seorang wanita yang mereka cerita dia diculik sedangkan dia sebenarnya melancong ke Disney World dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kelmarin kerana menipu dan mencuri dana majikan serta anggota keluarganya lebih AS$600,000 (RM1.82 juta) untuk tujuan itu.\rKetika keputusan dibacakan di Mahkamah Daerah di Philadelphia, Bonnie Sweeten, 40, diarahkan membayar lebih AS$1 juta (RM3.04 juta) sebagai bayaran balik kepada keluarganya.\r\n\n\n\n\r   Selain itu, sebagai tambahan kepada hukuman, dia perlu menghabiskan tempoh lapan tahun dan empat bulan dalam penjara, kata pejabat peguam di Philadelphia dalam satu kenyataan.\r\r\n\n\n\n\n   “Sweeten mencuri dana daripada anggota keluarga, pejabat peguam tempat dia bekerja dan pelanggan firma guaman itu,” kata pejabat pendakwa raya.\rDalam kejadian yang berlaku pada 2009, makluman Sweeten bahawa dia diculik menyebabkan pihak berkuasa persekutuan dan tempatan melancarkan operasi menyelamatkannya.\rIa selepas Sweeten membuat panggilan palsu 911 mengatakan dia dan anak perempuannya berusia sembilan tahun diculik dua lelaki kulit hitam dalam sebuah trak.\rBagaimanapun, apa yang berlaku ialah wanita dari pinggir Bucks County di Philadelphia itu membawa anak perempuannya ke Disney World di Florida, kata pendakwa raya. \r\n\n\n\rSweeten sebelum itu dijatuhi hukuman penjara sehingga 12 bulan di penjara Bucks County selepas mengaku melaporkan penculikan palsu.\rPeguam Sweeten meminta hukuman penjara kurang tujuh tahun manakala  pendakwa raya memohon hukuman penjara 10 tahun.\r“Dia juga memalsukan tandatangan seorang hakim pada satu dokumen mahkamah bagi mengeluarkan dana pelanggan firma guaman itu dari bank,” kata pejabat pendakwa raya lagi. - Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.214694 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list