|
LONDON: Jaringan pada lewat permainan oleh pemain gantian, Dirk Kuyt menyaksikan Liverpool meraih kemenangan 2-1 ke atas Manchester United malam tadi untuk membolehkan kelab Merseyside itu menempah tiket ke kelompok 16 pasukan terakhir saingan Piala FA.Kuyt menghukum pertahanan lemah United pada minit ke-88 dengan melakukan rembatan leret kencang menewaskan David de Gea selepas United gagal menangani sepakan gol oleh Pepe Reina.\n\n\n\n Gol kemenangan oleh penyerang Belanda itu adalah kemuncak aksi dramatik bagi perlawanan pertama yang bebas daripada sebarang insiden tidak diingini oleh kedua-dua pasukan sejak insiden perkauman Luis Suarez terhadap pertahanan United, Patrice Evra musim ini.\n\n\n\n\n Perlawanan mulanya tampak bakal dilangsungkan semula di Old Trafford selepas pemain tengah Korea, Park Ji-Sung memadam gol pembukaan Daniel Agger untuk Liverpool.Sementara itu, kunjungan kedua Chelsea ke Loftus Road dicemari kontroversi dengan Juan Mata menyempurnakan sepakan penalti yang dipertikaikan untuk membolehkan skuad kendalian Andre Villas-Boas mara ke pusingan kelima Piala FA selepas menewaskan Queens Park Rangers (QPR) 1-0.Pertembungan pertama kedua-dua pasukan Oktober lalu berakhir dengan Chelsea terpaksa bermain dengan 10 orang dan kapten mereka, John Terry didakwa bersikap perkauman terhadap pertahanan QPR, Anton Ferdinand.Namun kali ini pertikaian tertumpu kepada penyerang Chelsea, Daniel Sturridge yang didakwa sengaja menjatuhkan badan akibat terjahan Clint Hill hingga meyakinkan pengadil, Mike Dean untuk memberikan sepakan penalti yang menjadi penentu keputusan perlawanan itu. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|