CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 266|Reply: 0

Sentuhan M Nasir masih berbisa

[Copy link]
Post time 30-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KARYA Datuk M Nasir masih berbisa apabila lagu ciptaannya Awan Nano diangkat sebagai Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. Lagu itu yang seni katanya ditulis oleh Budi Hekayat dinyanyikan oleh penyanyi muda dari Sarawak, Hafiz.\n\n\n\nMalahan dengan penghayatan yang baik ketika menyampaikan lagu itu, membuatkan Hafiz turut dipilih memenangi hadiah Vokal Terbaik AJL26.\n\n\n\n\nSementara itu, kemunculan Remy Ishak ketika Alyah menyanyikan lagu Kisah Hati antara persembahan atau gimik menarik membuatkan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, gemuruh dengan sorakan penonton.Begitupun, vokal Alyah yang tampil dengan gaya patung di atas ‘music box’ memang mantap dan sudah membolehkan persembahan penyanyi ini ‘berdiri di atas kaki sendiri’ tanpa perlu ada aktor terbabit. Malam tadi, Alyah pulang dengan trofi Persembahan Terbaik.Turut menampilkan persembahan mantap ialah gandingan tiga suara iaitu Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah menyampaikan lagu Beribu Sesalan. Ternyata gabungan suara mereka cukup serasi dan mantap. Aizat pula memulakan nyanyian lagu Sungai Lui dengan menampilkan persembahan angklung bersama lukisan pasir artis yang diundang khas.Faizal Tahir menyanyikan lagu Karma dengan vokal yang padu dan bertenaga tetapi persembahannya seperti sudah dijangka.\n\n\nPelbagai gimik diketengahkan oleh setiap penyanyi dalam persembahan masing-masing. Ia bagi memastikan persembahan mereka nampak hidup dan menghiburkan.Yuna pula yang kurang menyerlah pada persembahan pertama ketika mengalunkan Gadis Semasa, tampil lebih yakin dengan lagu Penakut. Mungkin deretan chandelier menolongnya beraksi lebih baik. Terdahulu, persembahan Monoloque dan Atilia ketika menyanyikan lagu Adinda Kekanda pula mengingatkan kepada kategori Irama Malaysia kerana lagunya yang digubah khas menggabungkan irama moden dan tradisional. Tambahan pula Monoloque tampil dengan memakai tanjak, manakala Atilia pula berbaju kebaya.Persembahan kumpulan Projek Pistol menyampaikan lagu Wanita Seluruh Dunia pula dianggap sebagai paling ringkas pada AJL kali ini.Jaclyn Victor pula kelihatan agak biasa saja ketika menyanyikan lagu Sedetik Lebih. Tampil dengan baju gaun biru muda, penghayatannya ketika menyampaikan lagu itu kurang meyakinkan walaupun disokong vokal yang baik.Sementara itu, sedutan daripada klip video yang menunjukkan Herman Tino menampar Hafiz menjadi pembuka persembahan kepada anak muda daripada Sarawak itu saat menyampaikan Awan Nano. Ternyata, Hafiz tampil sangat ringkas dan kelihatan cukup yakin dengan melodi, muzik dan seni kata lagu nyanyiannya.Aksi Najwa Latif ketika membawakan lagu Cinta Muka Buku ciptaannya seperti tidak ada sebarang perasaan. Biasa saja. Mungkin Najwa gementar kerana pertama kali membuat mengadakan dalam pertandingan besar.Persembahan lagu Kalau Berpacaran yang menggabungkan Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet pula agak kabur. Tidak ada elemen dramatik, ‘seram’ sebaliknya dinyanyikan dalam mood kegembiraan sedangkan kandungan seni kata lagu ini adalah berunsur nasihat. Tema air pada AJL26 memang agak menarik tetapi kurang jelas melainkan pada warna biru yang menjadi latar belakang utama keseluruhan persembahan anugerah ini. Ia turut mencabar kreativiti mereka yang bertanding.Kemunculan awal Jamal Abdillah pada awal persembahan ketika menyanyikan lagu Senandung Semalam sedikit membingungkan penonton kerana penyanyi itu seperti muncul secara mengejut. Namun, aksi Awie memang cukup mantap dan bertenaga. Begitu juga dengan vokal Datuk Sheila Majid ketika menyanyikan lagu Warna. Mereka bagaimanapun berjaya mengembalikan nostalgia buat penonton.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.328587 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list