CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

Parlimen Mesir kecam tentera

[Copy link]
Post time 2-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KAHERAH: Anggota Parlimen Mesir yang baru dipilih  mengecam pemerintah tentera negara itu kelmarin dan menuduh mereka tidak mempedulikan norma demokratik selain melanggar batas kuasa dengan meluluskan undang-undang termasuk satu daripadanya membabitkan  peraturan pilihan raya presiden.\rParlimen yang diketuai pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin, adalah yang pertama dipilih sejak kejatuhan Presiden Hosni Mubarak Februari tahun lalu.\r\n\n\n\nIa mahu segera mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada majlis tentera yang berkuasa selepas kejatuhan Mubarak dan kini bertanggungjawab menguruskan peralihan negara kepada pemerintahan awam.\r\r  Ahli Parlimen Dr Mohammed el-Beltagy, seorang anggota Parti Kebebasan dan Keadilan Ikhwanul Muslimin, menggesa keputusan awam untuk secara sebulat suara meluluskan undang-undang pilihan raya  bagi mengelak ketidakadilan dan berkata parlimen perlu menjelaskan bahawa ia adalah kuasa tunggal perundangan negara itu.\r\n\n\n\n\n\r“Biarlah ia menjadi mesej jelas kepada jalanan Mesir bahawa parlimen menjadi satu-satunya pihak berkuasa perundangan yang tidak dicabar,” kata el-Beltagy kepada parlimen. \rBeliau juga meminta parlimen mengkaji semula undang-undang dan meminda atau menolaknya mengikut kesesuaian.\rUndang-undang yang dipersoalkan, dikeluarkan Majlis Agung Pasukan Bersenjata yang memerintah, menetapkan peraturan untuk pilihan raya presiden yang dijangka diadakan hujung tahun ini. \rPemerintah tentera menyiarkannya dalam akhbar rasmi Gazette pada 19 Januari lalu, beberapa hari sebelum parlimen bersidang.\rDalam sesi bekerja pertama parlimen, pembuat dasar juga berpeluang menyoal perdana menteri dilantik tentera negara itu mengenai bagaimana kerajaannya menguruskan sejumlah isu sensitif.\rAntara perkara itu termasuk perbicaraan bekas pegawai rejim termasuk Mubarak dan pegawai keselamatan atasan didakwa dengan pembunuhan beratus penunjuk perasaan ketika pemberontakan popular tahun lalu. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.145852 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list