CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Arab, Barat marah Russia, China

[Copy link]
Post time 6-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Keputusan guna  kuasa veto dikhuatiri tingkat keganasan di Syria\rBEIRUT: Negara Arab dan Barat menyuarakan kemarahan semalam selepas Russia dan China menggunakan veto dalam resolusi di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendesak Presiden Syria, Bashar al Assad supaya menyerahkan kuasa.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun di Damsyik, sebuah akhbar tempatan Syria, memuji tindakan Russia dan China sambil menyifatkan keputusan kedua-dua negara bakal menjadi pemangkin untuk mempercepatkan pembaharuan.\r\r\n\n\n\n\nAkhbar harian Tishrin adalah media cetak tunggal negara itu yang menyiarkan pandangan mengenai keputusan kedua-dua negara menggunakan kuasa veto ke atas resolusi itu.\rDuta Amerika ke PBB, Susan Rice berkata beliau ‘jijik’ dengan undi itu yang dibuat sehari selepas aktivis mendakwa yang pasukan Syria mengebom bandar Homs, membunuh lebih ramai orang awam dalam pertumpahan darah paling buruk sejak 11 bulan kebangkitan.   \rSemua 13 anggota Majlis Keselamatan mengundi menyokong resolusi yang mendesak Assad  menyerahkan kuasa kepada timbalannya, menarik balik tentera dari kawasan bandar dan memulakan peralihan demokrasi. \rRussia berkata, resolusi itu berat sebelah dan akan mendorong pertukaran rejim. Syria adalah sekutu Moscow di Asia Barat, tempat pangkalan udara Russia dan pelanggan senjatanya.   \r\n\n\n\rMajlis Kebangsaan Syria yang mewakili kumpulan pembangkang utama, berkata pihaknya menyalahkan Moscow dan Beijing kerana bertanggungjawab terhadap tindakan pembunuhan yang semakin meningkat.\rSatu-satunya negara Arab dalam Majlis Keselamatan, Maghribi menyuarakan penyesalan dan kekecewaan dengan veto itu. \rDutanya, Mohammed Loulichki, berkata Arab tiada hasrat untuk mengabaikan pelannya. \rPerdana Menteri Tunisia, Hamadi Jebali menggesa semua negara memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria berikutan keganasan di negara itu. \r“Kita perlu mengusir duta Syria dari Arab dan negara lain. Rakyat Syria tidak mengharapkan kenyataan panjang dari kita, apa yang mereka perlukan adalah bantuan dan tindakan yang konkrit..apa yang kita boleh lakukan ialah memutuskan hubungan dengan rejim Syria,” katanya  kepada panel perbincangan Asia Barat mengenai keselamatan di Munich, Jerman.\rMenteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, berkata Russia dan China tidak mengundi berdasarkan realiti semasa, sebaliknya menggunakan logik seperti ketika era Perang Dingin.\rMenteri Luar Mesir, Mohamed Amr, berkata Liga Arab akan mengadakan pertemuan Sabtu ini bagi membuat penilaian selanjutnya selepas undi di Majlis Keselamatan itu.\rUtusan PBB Syria, Bashar Ja’afari mengkritik resolusi dan penajanya termasuk Arab Saudi dan tujuh lagi negara Arab berkata negara berkenaan yang menghalang wanita daripada menyertai perlawanan bola tiada hak untuk menyebarkan demokrasi kepada Syria. \rPenduduk di Homs keluar ke daerah Baba Amro bercakap menerusi telefon mengutuk veto Russia -China manakala sebahagian lagi  melaungkan: “Mati, lebih baik berbanding penghinaan.”\rDi SANAA, aktivis Yaman dan pemenang Anugerah Nobel Keamanan, Tawakkul Karman, berkata Russia dan  China bertanggungjawab ke  atas pembunuhan di Syria dan mendesak kerajaan mengusir duta Syria. \rDi JORDAN, pemimpin Ikhwanul Muslimin negara itu, Hammam Said menggesa umat Islam dan negara Arab memulaukan barangan China sambil menyifatkan keputusan itu menunjukkan penentangan kedua-dua negara ke atas umat Islam.\r“Umat Islam dan Arab wajar memulaukan barangan Russia dan China tanda sokongan ke atas rakyat Syria yang mahukan kebebasan dan maruah mereka dikembalikan,” katanya. – Agensi/Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.047010 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list