View: 143|Reply: 0
|
Banjir paksa 3,800 warga Australia pindah
[Copy link]
|
|
Bencana alam ragut nyawa pertama\rSYDNEY: Beribu-ribu penduduk di utara Australia dipaksa berpindah dari rumah masing-masing semalam, selepas dilanda banjir dan meragut nyawa mangsa pertama, ketika kesan bencana alam sama yang melanda tahun lalu masih dirasai.\r\n\n\n\n\rPolis mengarahkan 3,800 penduduk pekan St George di utara negeri Queensland meninggalkan rumah masing-masing berikutan peningkatan banjir mencecah ketinggian rekod yang mengancam penutupan satu-satunya jalan keluar.\r\r\n\n\n\n\n Di bandar Roma di bahagian utara, seorang wanita menjadi mangsa banjir pertama selepas kereta yang dinaiki dihanyutkan air deras, dan penyelamat masih mencari mayatnya selepas dua hari hilang.\r“Penduduk di St George diarahkan berpindah ke jalan sebelum Lebuh Raya Moonie ditutup berikutan banjir, yang dijangka tiba pada bila-bila masa petang Ahad,” kata polis dalam arahan perpindahan wajib.\r“Perpindahan melalui udara ke Brisbane dikendalikan bagi memastikan proses menyelamat berjalan lancar selepas Lebuh Raya Moonie ditutup”. \rPolis ke setiap rumah di pekan untuk menyampaikan arahan itu dan dibenarkan menggunakan paksaan jika orang ramai enggan berpindah, dengan Datuk Bandar, Donna Steward memberi amaran yang keselamatan penduduk tidak lagi dijamin. \r\n\n\n\r“Suasana mula menjadi panik di sini,” kata penduduk St George, Angela Doran. \r“Saya rasa semua orang mahu keluar sekarang”. \rSungai Balonne, yang mengalami banjir untuk kali ketiga dalam tempoh kurang tiga tahun dijangka mencecah ke paras 15 meter malam ini, lebih tinggi berbanding rekod sebelum ini iaitu 13.4 meter yang dicatatkan pada Mac 2010. \r“Ini adalah situasi yang sangat serius dan saya merayu orang ramai bekerjasama,” kata Ketua Menteri Queensland, Anna Bligh. \rPerdana Menteri Julia Gillard mengarahkan pengangkutan tentera dihantar untuk menerbangkan pesakit dari hospital pekan ke kawasan pinggir pantai dan rumah orang tua turut dikosongkan.\rLapan helikopter pertahanan bersedia untuk membantu pencarian dan usaha menyelamat dalam zon banjir, mengangkut penduduk ke tempat selamat dan menurunkan bantuan makanan, selimut, bekalan perubatan dan keperluan asas lain seperti jana kuasa. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|