|
Faizal sedia ulangi uji bakat jika gagal temui anak didikFAIZAL TAHIR sedia mengadakan uji bakat kedua sekiranya calon protege yang memenuhi kriteria dikehendaki pada sesi pencarian Mentor musim keenam di Sri Pentas, di Bandar Utama, gagal ditemuinya.\n\n\n\nPenyanyi merangkap komposer itu berkata, bukan mudah mencari protege yang punya aura dan jika perlu, dia sedia ke luar Kuala Lumpur bagi membuka peluang kepada bakat berpotensi yang terlepas sesi pertama.\n\n\n\n\n\"Bagaimanapun, saya yakin kita punya ramai anak muda berbakat, cuma mungkin mereka gementar apabila berada di pentas uji bakat. Untuk menjadi anak didik saya, keyakinan, kemahiran komunikasi dan personaliti ialah keutamaan selain vokal.\"Daripada penampilan serta persembahan, saya sudah nampak calon yang benar-benar bersedia dan hanya perlukan suntikan semangat supaya mereka yakin terhadap diri sendiri,\" katanya yang ditemui ketika mengendalikan sesi terbabit, semalam.Sejak pendaftaran dibuka pada jam 11 pagi, lebih 500 calon hadir menguji kebolehan vokal dan nyanyian masing-masing dengan tapisan awal dilakukan Ajai bersama Penerbit Mentor, Muhamad Sufian Isa.Selain Faizal, pertandingan realiti mencari penyanyi pelapis kali ini membariskan lima lagi mentor daripada pelbagai latar belakang iaitu Fauziah Ahmad Daud, Ramlah Ram, Ella, Ferhad dan Adam AF.\n\n\nTidak mengehadkan peluang kepada calon yang boleh membawakan pop rock atau rock, penyanyi lagu Karma itu bagaimanapun enggan dirinya dilabel sebagai Mentor, sebaliknya hanya pembimbing kepada bakat muda.Menganggap gelaran itu terlalu besar buatnya, sebagai individu yang turut menyerlah menerusi pertandingan realiti, akuinya dia sekadar mahu berkongsi pengalaman dan menurunkan ilmu yang boleh dijadikan panduan kepada penyanyi pelapis.\"Saya juga masih dalam proses pembelajaran dan apabila diamanahkan membimbing bakat muda, saya anggap ia amanah besar. Namun cukuplah melihat saya sebagai pembimbing, bukannya mentor,\" katanya lagi.Mengulas mengenai protege pilihan, tegasnya biarlah individu terbabit mampu menonjol dengan aura tersendiri, bukan dibayangi penyanyi lain atau lebih tepat tidak menjadi klon artis.\"Saya sedar kadang-kadang kita terikut penyanyi idola. Macam hari ini, mujur tidak ramai yang membawakan lagu saya atau berusaha menjadi seperti saya kerana saya bukan mencari klon Faizal Tahir.\"Jadilah diri sendiri dan dendangkan apa juga genre lagu, asalkan sesuai dengan tona vokal atau pertandingan ini. Jika bagus sudah pasti boleh mara ke peringkat seterusnya, tetapi kalau \'hancur\' saya tidak akan beri peluang kedua,\" katanya.INFOSESI uji bakat pertama membabitkan Fauziah diadakan pada 4 Februari, disusuli sesi Faizal, semalam. Seterusnya, uji bakat bersama Ramlah pada 11 Februari, Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) serta Adam (19 Februari). SEMUA uji bakat diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama.CABARAN Mentor musim baru akan disiarkan setiap Ahad bermula 4 Mac ini, jam 9 malam. LIMA juara Mentor terdahulu ialah Pija, Fiq, Black, Mohamad dan Salma.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|