|
Bekas ahli bergabung teruskan perjuangan kutip royalti untuk penyanyi, pemuzik\rSELEPAS 10 tahun beroperasi, Performers & Artistes Rights (M) Sdn. Bhd (PRISM) sebuah badan yang mengutip royalti untuk pelaku iaitu penyanyi dan pemuzik rakaman yang membuat persembahan di tempat awam, dibubarkan.\r\n\n\n\n\rPengurus Besarnya, Ong Peng Chiu berkata, pembubaran PRISM akan dimaklumkan kepada semua ahli selepas proses pengagihan royalti bagi tahun 2011 selesai. \r\r\n\n\n\n\n“Kita belum dapat tentukan lagi tarikh sebenar pembubaran PRISM kerana buat masa ini sedang melakukan proses akhir mengagihkan royalti tahun lalu kepada ahli. Selepas dirujuk kepada syarikat audit, proses akhir sebelum pengagihan akan mengambil masa tiga hingga enam bulan, dan selepas selesai pengagihan itu barulah secara sahnya PRISM akan menamatkan operasinya,” katanya.\rPRISM yang juga berperanan sebagai syarikat Sdn Bhd sebelum ini mempunyai hampir 1,300 ahli berdaftar. Difahamkan selepas dibubarkan akan diambil alih oleh ahli dengan menerusi badan kutipan pertubuhan berhad.\r“Keputusan membubarkan PRISM sudah dirancang sejak dua tahun lalu. Disebabkan ketika itu PRISM harus menyelesaikan beberapa isu penting, ia terpaksa ditangguhkan. Sebelum ini Pengerusi PRISM, Datuk Aziz Bakar pun pernah mengumumkan pembubaran PRSIM di dalam satu majlis untuk digantikan kepada syarikat Berhad.\r“Didaftarkan sebagai syarikat Berhad membolehkan badan kutipan itu menjalankan operasi secara demokrasi, iaitu semua ahli berhak memilih kepimpinan untuk mewakili mereka. Meskipun PRISM sebelum ini berdaftar sebagai syarikat Sdn Bhd, namun pengurusan dan pentadbiran ketika itu dibuat secara berhad, ia tidak mempunyai kepentingan komersial kepada pemilik.\r\n\n\n\r“Namun kini ada dua badan yang sudah didaftarkan untuk mengambil alih badan kutipan royalti. Kami memikirkan ada baiknya hanya ada satu badan saja yang bertanggungjawab menjalankan tanggungjawab mengutip royalti,” katanya.\rAntara pencapaian besar PRISM sepanjang 10 tahun beroperasi adalah berjaya mendapat sokongan daripada badan antarabangsa seperti International Societies Council for the Administration of Performers Rights (SCPAR), International Federation of Musician Union (FIM) dan World Intellectual Property Organization (WIPO).\rSelain itu, PRISM juga sudah memiliki perisian sendiri untuk menjadikan pengurusan itu lebih berkesan dari segi pemantauan penggunaan lagu. Perisian khas itu diberi secara percuma daripada WIPO untuk membuat agihan hampir tepat.\rTempoh sedekad adalah satu jangka masa panjang tetapi Ong menegaskan dia tidak pernah sesekali berputus asa memperjuangkan nasib artis di negara ini walaupun tidak mendapat sokongan daripada kerajaan dan segelintir karyawan muzik.\r“Tidak ada soal menyerah kalah sebenarnya. Ahli pengurusan PRISM sudah memperjuangkan dengan terbaik sepanjang tempoh itu. Saya tidak akan berhenti memperjuangkan hak pelaku bukan setakat di Malaysia tetapi di negara Asia lain, saya baru saja mendapat tawaran untuk mewakili Asia menerusi SCPAR dan FIM. \r“Apa-apa keperluan atau khidmat nasihat daripada badan kutipan royalti yang baru di negara ini, saya bersedia memberikan kerjasama kerana semuanya akan dirujuk terus dengan saya yang mewakili Asia,” katanya.\rINFO\rPRISM ditubuhkan selepas pindaan Akta Hak Cipta 2000 pada tahun 2001 di bawah Akta Syarikat 1965. Sehingga kini PRISM dianggotai 1,300 ahli dan melalui Perjanjian Antarabangsa, mewakili lebih kira-kira 80,000 ahli asing.\rMalaysia menerusi PRISM menjadi negara Asia pertama menggunakan dua sistem perisian iaitu Vericast (pemantauan penggunaan lagu penyiaran) dan WIPOCOS Performers (Sistem untuk pendaftaran lagu dan pengagihan royalti) pada November 2011.\rPRISM menganggotai Badan Antarabangsa sebagai ahli bersama SCPAR, FIM dan WIPO\rSCAPR memberi latihan dan membantu dalam pembangunan pentadbiran bermula Jun 2011 bagi tempoh dua tahun kepada PRISM untuk menjadi “Model Society” di Asia.\rPRISM pernah di Jemput oleh WIPO sebagai Speaker mengenai Dokumentasi Hak Cipta dan Infrastruktur di Geneva, Switzerland pada 13 dan 14 Oktober 2011.\rPRISM mendapat mandat dan perjanjian dengan badan kutipan royalti dari negara seperti Sweden, Denmark, Poland, Crotia, Greek, Lithonia, Russia, Ukraine, Estonia, Switzerland, Romania, Austria, Czech Republic, Slovakia, Latvia, China dan Hong Kong.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|