CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

Habibullah suka tolong orang

[Copy link]
Post time 10-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: Pegawai Staf Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Leftenan Kolonel Habibullah Ismail, 42, yang meninggal dunia ketika menjalankan tugasnya di Lubnan adalah seorang yang mesra dan suka membantu orang lain.\rAbangnya, Fathullah Suhaimi Ismail, 52, berkata ketika hayatnya Habibullah atau lebih mesra dengan panggilan Habib di kalangan ahli keluarganya amat disenangi adik beradik serta sanak saudaranya. \r\n\n\n\n\r  Allahyarham yang bertugas di Naquora meninggal dunia Isnin lalu, kira-kira jam 3.30 petang waktu Lubnan kerana sakit jantung meninggalkan balu Maryani Mahadzir, 40; tiga anak Hilman Hafiz, 13; Haziq Haikal, 9; dan Mirza Hadirah, 6.\r\r\n\n\n\n\n  Ketika menerima berita sedih itu, Fathullah berkata, beliau terus memberitahu ahli keluarga termasuk ibu mereka, Siti Raudzoh Ismail, 72, tetapi masing-masing seperti tidak mempercayainya dan berharap ia tidak benar.\r“Tuhan lebih menyayangi Habib dan berita itu adalah kenyataan yang harus diterima keluarga walaupun pada peringkat awal hati kami amat berat menerimanya. \r“Walaupun periang dan suka bergurau Habib pada saya adalah seorang yang tegas serta sangat komited dengan tugasan negara. \r“Sebagai abang sulung saya mendoakan rohnya mendapat tempat yang sebaiknya di sisi Allah SWT,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. \r\n\n\n\rJenazah Habibullah yang menyertai misi PBB di Lubnan (UNIFIL) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.30 malam tadi dan diterbangkan ke Alor Setar pagi ini. \rMajlis memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri, di Beirut jam 11 pagi kelmarin.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.047132 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list