CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 26857|Reply: 21

[Tempatan] Biarpun bertindik, bertatu tapi masih jaga solat

[Copy link]
Post time 21-2-2025 11:57 PM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA – ‘Jangan sangka buruk pada orang, belum tentu kamu lebih baik daripada gadis bertindik tadi.

Itu antara perkongsian oleh seorang wanita dikenali sebagai Faridah Mohd Ali selepas menyantuni seorang gadis menunaikan solat di sebuah hentian rehat dan rawat (R&R) di Gua Musang Kelantan baru-baru ini.

Sebelum kejadian kata wanita itu, dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan telah singgah di R&R terbabit untuk menunaikan solat zuhur dan asar.

“Tiba-tiba ternampak ada seorang gadis, tidak bertudung, hidung bertindik, pakaian agak seksi dan ada tatu di bahagian lehernya. Saya nampak dia baru sudah mengambil wuduk.

“Wajahnya basah, sedang menunggu giliran menggunakan telekung. Saya lihat telekung yang disediakan pihak pengurusan semua sedang digunakan dan saya agak dia tidak membawa telekung sendiri,”tulisnya.

Wanita itu berkata, dia telah menawarkan telekung solat itu digunakan oleh gadis berkenaan sementara mengambil wuduk.

“Adik tunggu telekung nak solat ke? Ambillah telekung akak punya. Adik solat dulu. Sementara saya mengambil wuduk.

“Ya Allah kak, betul ke ni? Boleh ke kak? Akak tak geli ke jika saya dah pinjam nak pakai solat?,”soal gadis terbabit.

Lebih menggagumkan wanita itu, gadis terbabit telah memulakan ibadatnya dengan solat sunat, diikuti solat zuhur yang dijamak dengan asar dan berzikir.

“Kemudian baca doa, lama doanya dalam bahasa Arab. Selesai berdoa, dia buka telekung dan hulurkan pada saya. Sambil senyum, dia ucapkan terima kasih lagi sekali.

“Pengajaran untuk saya sendiri, supaya sentiasa memandang kebaikan orang. Tak kisah lah dia bertindik ke, pakaian masih tidak menutup aurat, ada tatu pada badannya. Tetapi masih berusaha menjaga solat, siap berzikir dan berdoa panjang.

“Tambah pula dengan solat sunat dan cukup beradab dengan saya. Beberapa kali dia meminta maaf kerana menggunakan telekung saya, siap tanya takut saya geli menggunakan telekung yang telah digunakannya. Dia sedar akan dirinya,”kata wanita itu.


Sumber -KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2025 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak hairan pun, yang acapkali berzina pun tetap solat awal 5 waktu ye
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu dia org yg jaga solat patutnya dia tau jgn buat benda yg dilarang
Klu dah bertatu, solat pun x sah.
Klu dah insaf mcm mamat yg tatu muka tu, bdk ni x akn pakai sexy
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
solat tetap kena solat. dosa² lain terpulang pada masing². walaunagaimanapun solat sepatutnya mencegah kemungkaran jika dilakukan dengan memahami setiap bacaan dan khusyuk
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 09:55 AM | Show all posts
solat itu wajib.
bertatoo mungkin dari masa silam nya.
siapa  lah kita nak menentukan  solatnya diterima atau tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
X kena la kalo mcm tu. X kan ko nak normalisasikan bnd x btl dgn bnd btl. Umpama ko makan babi pastu org yg makan babi tu imamkan solat ko. Mau?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2025 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Article nk naikkan nama balik ker setelah nama dah buruk dikambus lepas lenyapkan duit pelabur emas kuantemmetal
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana dia tau gadia tu doa dlm bahasa arab? duk sebelah ke? Selalunya kalau pinjam telekung org,takkan amik masa lama.Sb tau tuan punya telekung tgh tggu. Ayat pun ada kata semua telekung digunakan maknanya mmg tgh ramai org.
Hasenahhh ke achikkkk???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2025 10:41 AM | Show all posts
kenapa dia nak share kt medsos pengalaman sendiri mcm nie? tak perlu pun kot. melainkan dia yg pandang serong kt org tu, nak sedapkan cite sendiri. IKHLAS tu mmgla bak cari semut hitam atas batu hitam. susah nak betul2 ikhlas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 gadis tu ex sekolah agama.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita hasanah jer kecuali ada gambar minah tu, setakat free hair solat tu biasalah, tpi siap ada tatoo dan seksi kt kelantan lak tu ermmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 11:06 AM | Show all posts
aina_shaira replied at 23-2-2025 09:23 AM
Tak hairan pun, yang acapkali berzina pun tetap solat awal 5 waktu ye

Ya betul.

dalam dunia ni macam2 ada.


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 11:13 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 23-2-2025 10:48 AM
Ntah2 gadis tu ex sekolah agama.

or tahfiz

Ramai antara dorang ni esp yang jantan akan bergelut dengan identity crisis sebelum hanyut total. Lagi pula nak masuk pasaran kerja susah sebab takde sijil.

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 23-2-2025 02:49 AM
Cerita hasanah jer kecuali ada gambar minah tu, setakat free hair solat tu biasalah, tpi siap ada ta ...

Iye.. content yg extra mcm ni baru la dpt tarik pembaca. Even ada gambar minah tu pun entah dah plan awal2. Zaman nk viral ni kan.

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 12:54 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 23-2-2025 09:27 AM
Klu dia org yg jaga solat patutnya dia tau jgn buat benda yg dilarang
Klu dah bertatu, solat pun x s ...

Mungkin sheol org Mualaf ataupn tngah brusaha nak mnjadi yg trbaik
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 12:54 PM | Show all posts
zehra2 replied at 23-2-2025 09:55 AM
solat itu wajib.
bertatoo mungkin dari masa silam nya.
siapa  lah kita nak menentukan  solatnya dite ...

Kan? Yg ni btul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2025 12:55 PM | Show all posts
otai_g replied at 23-2-2025 09:56 AM
X kena la kalo mcm tu. X kan ko nak normalisasikan bnd x btl dgn bnd btl. Umpama ko makan babi pastu ...

Mungkin sheol sorg Mualaf ataupn tngah brusaha nak mnuju ke arah kbaikkan, lek2 dah lh, doa je yg baik2 sbb klau Mualaf, tatu tu x pyh buang sbb proses nak buang tatu tu bukannya snang
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
AKU..lebih tertarik bab... bila...orng isle MENGATA orng isle yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 23-2-2025 09:27 AM
Klu dia org yg jaga solat patutnya dia tau jgn buat benda yg dilarang
Klu dah bertatu, solat pun x s ...


Bertatoo solat tak sah ke u.. sbb dakwat tu bawah kulit bukan atas kulit
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts


200 km/h in the wrong lane:



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.071244 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list