CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 107|Reply: 0

Prestasi kukuh lonjak untung Bursa Malaysia

[Copy link]
Post time 10-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PRESTASI kukuh pasaran saham dan derivatif tempatan tahun lalu  melonjakkan keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd sebanyak 29 peratus dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, melepasi sasaran pertumbuhan purata 20 peratus bagi tempoh tiga tahun  ditetapkannya.\rDalam tahun kewangan berkenaan, pengendali pasaran saham tempatan itu mencatatkan keuntungan bersih RM146.2 juta berbanding RM113 juta yang  diraihnya pada 2010.\r\n\n\n\n\r  Ini diraihnya daripada pendapatan RM420.1 juta, meningkat 16 peratus daripada RM361 juta.\r\r\n\n\n\n\n  Ketua Eksekutifnya, Datuk Tajuddin Atan, berkata prestasi kukuh itu dicapai berikutan peningkatan kukuh pendapatan urus niaga dua aktiviti perniagaan terasnya, dagangan sekuriti dan derivatif meskipun pasaran tempatan berdepan ketidaktentuan pasaran global susulan persekitaran ekonomi yang tidak menentu dan krisis hutang Eropah yang berterusan.\rBeliau berkata, kejayaan Bursa Malaysia mencatatkan keputusan yang baik di sebalik keadaan yang sukar itu, menunjukkan daya tahan pasaran tempatan dalam menghadapi persekitaran  tidak menentu.\r“Pasaran sekuriti dan derivatif kita mencatatkan peningkatan dalam jumlah dagangan, disokong peningkatan penyertaan pelabur tempatan dan asing, sekali gus mem-bantu kami mencapai pertumbuhan 15 peratus dalam pendapatan operasi sebanyak RM381.3 juta berbanding RM331.3 juta pada 2010,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan berkenaan  di Kuala Lumpur, semalam.\rTajuddin berkata, dalam tahun kewangan dikaji, pendapatan dagangan daripada pasaran sekuriti meningkat 15 peratus kepada RM193 juta  berbanding RM167.9 juta pada 2010.\r\n\n\n\rKatanya, nilai purata dagangan harian meningkat 14 peratus kepada RM1.79 bilion berbanding RM1.57 bilion pada tahun sebelumnya.\r“Permodalan pasaran berada pada paras RM1.29 trilion pada akhir 2011, meningkat daripada RM1.28 trilion pada akhir 2010, sementara halaju pasaran tidak berubah pada 33 peratus,” katanya.\rBagi pasaran derivatif, Tajuddin berkata, 2011 adalah tahun yang memberangsangkan dengan pendapatan dagangannya meningkat 36 peratus kepada RM51.2 juta.\rBeliau berkata, pihaknya juga berjaya memecah rekod dalam kontrak yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatif dan pasaran hadapan minyak sawit mentah.\r\"Jumlah dagangan kontrak derivatif meningkat 37 peratus kepada 8.45 juta daripada 6.15 juta pada 2010, sementara penyertaan pelabur domestik dan asing masing-masing meningkat 57 peratus dan 30 peratus,” katanya.\rDalam tahun dikaji, dagangan kontrak hadapan FBM KLCI melonjak 24 peratus kepada 2.48 juta, sementara kontrak hadapan minyak sawit mentah meningkat 45 peratus kepada 5.87 juta.\rMengenai prospek bagi 2012 , Tajuddin berkata, Bursa Malaysia yakin dapat mencatatkan prestasi yang sama dicatatkan tahun lalumeskipun pasaran global masih tidak menentu berikutan krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.\rBeliau berkata, pihaknya menyasarkan purata dagangan harian tahun ini sebanyak RM1.6 bilion disokong penyertaan kukuh pelabur tempatan dan asing.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.291871 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list