CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Saksi kes Ampatuan terjun bangunan

[Copy link]
Post time 10-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
MANILA: Seorang saksi penting dalam pembunuhan beramai-ramai 58 orang awam pada 2009 di Maguindanao dilaporkan membunuh diri dengan terjun, Isnin lalu ketika dia bercakap dengan isterinya dari tingkat empat sebuah bangunan penjara.\rPegawai polis Hernanie Decipulo sedang berbual dengan isterinya dalam satu daripada bangunan di Kem Bagong Diwa di Bandar Taguig Isnin lalu, apabila dia secara tiba-tiba melompat dari tingkap, kata satu laporan dari ibu pejabat polis di pinggir Quezon City.\r\n\n\n\n\rTindakan secara tiba-tiba dan tidak dijangka pegawai polis itu mengejutkan isterinya dan dia gagal menghalang Decipulo daripada terjun. Pegawai itu maut akibat kecederaan  dialami. \r\r\n\n\n\n\nDecipulo, 38,  saksi pendakwaan dalam apa yang digelar ‘Maguindanao Massacre’ dan pihak berkuasa sedang menyiasat jika kematiannya adalah bunuh diri atau  perbuatan khianat.\rPenolong pendakwa raya serantau Peter Medalle, berkata walaupun kes itu mungkin bunuh diri, polis  masih belum memutuskan kemungkinan dia ditolak keluar tingkap. Medalle berkata polis dijangka memfailkan satu siasatan rasmi ke atas kes terbabit.\rKetika Decipulo seorang daripada suspek dalam pembunuhan kejam 58 orang pada 23 November 2009, dia dan 11 lagi anggota polis bertukar kepada saksi pendakwaan pada satu tahap ketika proses mahkamah dan menawar diri memberi keterangan yang membantu mengaitkan keluarga politik berkuasa Maguindanao, Ampatuan untuk pembunuhan beramai-ramai itu.\rMenurut laporan,  beberapa hari sebelum terjun, Decipulo mengalami kemurungan dan tertekan dengan perkembangan lembap perbicaraan itu.\r\n\n\n\rPemerhati berkata kematiannya tidak menjejaskan perbicaraan berterusan kes pembunuhan beramai-ramai Maguindanao.\rDecipulo, anggota Kumpulan Bergerak Serantau 1508 daripada Polis Nasional Filipina dan dikatakan hadir ketika Timbalan Datuk Bandar, Datu Unsay, Andal Ampatuan Jr dan sekumpulan lelaki militia menahan satu konvoi terdiri daripada wartawan dan penyokong politik Timbalan Datuk Bandar Buluan ketika itu, Esmael ‘Toto’ Mangudadatu. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.436255 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list