|
LONDON: Luis Suarez sudah meminta maaf kepada Patrice Evra kerana enggan berjabat tangan dengan pertahanan Manchester United itu tetapi penyerang Liverpool itu masih menjadi tumpuan oleh kelabnya yang bersungguh-sungguh ingin membersihkan nama tatkala The Reds akhirnya cuba untuk menamatkan isu yang menjadi semakin buruk itu, kelmarin.\rSuarez memohon maaf kerana kegagalannya menyambut tangan yang dihulurkan oleh Evra ketika upacara tradisi bersalaman sebelum bermulanya perlawanan di Old Trafford Sabtu lalu tatkala dia berdepan dengan kapten United itu buat kali pertama sejak dijatuhi hukuman penggantungan lapan perlawanan kerana bersikap perkauman terhadap pemain Perancis itu di Anfield Oktober lalu.\r\n\n\n\n\r Pengurus United, Alex Ferguson melabelkan tindakan Suarez sebagai memalukan, manakala ketua Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional, Gordon Taylor menyifatkan tindakan bintang Liverpool itu sebagai ‘tidak hormat, tidak sewajarnya dan memalukan’.\r\r\n\n\n\n\n Suarez akhirnya dalam satu kenyataan dalam laman web rasmi Liverpool menyatakan kekesalannya atas tindakannya itu. “Saya sudah berbincang dengan pengurus (Kenny Dalglish) selepas perlawanan di Old Trafford dan saya menyedari saya sudah melakukan tindakan yang salah.\r“Saya bukan saja membuatkan dia kecewa, tetapi juga kelab dan saya mohon maaf atas apa yang berlaku. saya melakukan kesilapan dan saya kesal dengan apa yang berlaku.\r“Saya seharusnya berjabat tangan dengan Patrice Evra sebelum perlawanan itu dan saya ingin memohon maaf atas tindakan saya. Saya ingin melupakan segala isu berhubung perkara ini dan tumpukan terhadap bermain bola sepak.” – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|