CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

Melly idam konsert di Malaysia

[Copy link]
Post time 14-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
JIKA sebelum ini penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw, enggan mengadakan konsert di negara ini kerana mendakwa bayaran royalti yang rendah, kini dia berubah pendirian dengan hasrat mengadakan konsert sulungnya di sini. \rNamun, bagi merealisasikan impiannya menghiburkan peminat di negara ini, Melly berharap ada pihak sudi menaja konsertnya nanti. \r\n\n\n\n\r“Sejak dulu lagi saya ingin mengadakan konsert di sini, tetapi belum ada rezeki. Kalau bukan secara solo, mungkin konsert bersama artis lain, asalkan ia sesuai dengan kehendak saya,” katanya melalui perbualan telefon di pejabat Warner Music Malaysia, di Petaling Jaya, semalam.\r\r\n\n\n\n\nMelly berharap, peluangnya mengadakan persembahan di Malaysia akan muncul juga memandangkan sudah sekian lama peminat menantikan kemunculannya di sini. \rMalah katanya, jika Allahyarham Tan Sri P Ramlee masih hidup, dia teringin sekali untuk beraksi bersama seniman agung itu yang dianggapnya penghibur serba boleh.\r“Saya sangat meminati lagu Almarhum seperti Bunyi Gitar dan Anakku Sazali, yang mempunyai seni kata sangat menarik dengan melodi yang asyik. Bahkan saya pernah mahu menamakan anak saya sebagai Sazali, tetapi ia tidak menjadi,\" katanya yang merancang berduet bersama suami, Anto Hoed, dalam single terbaru.\rMelly yang terkenal dengan karya penghasilan lagu runut bunyi menyifatkan pembikinan lagu sedemikian mempunyai skop yang luas kerana liriknya tercetus daripada skrip filem itu sendiri. \r\n\n\n\r“Saya akan lihat dan baca berulang kali skrip yang diterima sebelum menghasilkan lagu. Setakat ini belum ada lagu soundtrack saya yang ditolak,” katanya yang kini sibuk menyiapkan runut bunyi untuk dua filem.\rMenganggap bakat sebagai sesuatu anugerah yang perlu dikongsi, Melly mencurahkan ilmunya kepada bakat muda menerusi filem komedi remaja, Bukan Bintang Biasa (BBB). \rSementara itu, bercerita mengenai album solo keempatnya, Melly berkata, album itu masih menyentuh soal hati dan cinta.\r“Perasaan itu tiada kesudahannya dan kita semua mempunyai saat indah dalam kehidupan. Jadi perasaan dan naluri saya itu saya terjemahkan ke dalam album ini,” katanya yang kini sibuk menyiapkan buku biografi.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.042946 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list