CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

'Kami sedia hadapi Malaysia, Korea'

[Copy link]
Post time 15-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
INDONESIA, pasukan yang sudah pasti mahu dielak Malaysia dan Korea Selatan di suku akhir pusingan kelayakan Piala Thomas esok menegaskan sudah bersedia menentang kedua-dua lawan itu. \r“Kami bersedia bertemu kedua-duanya (Malaysia atau Korea Selatan). Namun, situasi sekarang bukan kami yang tentukan siapa lawan kami, sebaliknya ia terletak di tangan Malaysia dan Korea Selatan. \r\n\n\n\n\r  “Namun, kami percaya kedua-dua pasukan sudah tentu berusaha mahu mengelak bertemu kami di suku akhir dan akan berjuang berhabis-habisan esok (hari ini) untuk muncul juara Kumpulan D,” kata pengurus pasukan Indonesia Mohamad Faryansyah.\r\r\n\n\n\n\n  Indonesia yang mempunyai barisan seimbang dalam perseorangan dan beregu dijangka tidak berdepan masalah mengungguli Kumpulan B yang turut dianggotai India, Singapura dan tuan rumah Macau.\rSehubungan itu, Malaysia dan Korea Selatan yang membuat perhitungan dalam perlawanan terakhir Kumpulan D hari ini pasti berentap dan berjuang untuk muncul juara kumpulan bagi mengelak bertemu Indonesia di suku akhir.\rSebaliknya, kedua-duanya pasti mahu memilih bertemu India yang dijangka muncul naib juara di belakang Indonesia kerana pasukan itu dianggap lawan yang lebih mudah.\r“Sebenarnya, Malaysia dan Korea Selatan memiliki kekuatan hampir sama cuma kekuatan mereka berbeza dengan Korea lebih kuat dalam beregu, manakala Malaysia dalam perseorangan,” kata Faryansyah.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.037391 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list