CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Bisnes Dunia: EU selia perbelanjaan Greece

[Copy link]
Post time 17-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Pengawasan ketat zon euro jika terima dana penyelamat minggu depanZON euro memberitahu Greece, ia mesti menerima pengawasan ketat oleh Kesatuan Eropah (EU) jika mahu menerima dana penyelamat minggu depan bagi mengelakkan kegagalan membayar hutang, walaupun timbul halangan utama pada perbincangan malam kelmarin.\n\n\n\nKenyataan daripada Pengerusi Kumpulan Euro, Jean-Claude Juncker selepas persidangan video, ketika menteri kewangan zon itu mahukan penyeliaan rapi dibuat terhadap perbelanjaan dan pendapatan Greece. \n\n\n\n\n\nPersidangan berkenaan bagaimanapun seperti mengelak daripada menyebut apa-apa mengenai dana penyelamat 230 bilion euro (RM910 bilion) yang menjadi perbalahan itu.Sebaliknya, Perdana Menteri Luxembourg, berkata hanya dengan itu baru beliau yakin rakan sejawatannya itu akan menerima semua keputusan yang perlu pada Isnin depan, apabila mereka bertemu secara bersemuka di Brussels.Dengan masa kian menghampiri untuk tarikh akhir pembayaran semula bon bernilai 14.5 bilion euro (RM58 bilion) untuk kerajaan Greece pada 20 Mac ini, nilai euro jatuh berbanding dolar AS untuk empat hari berturut-turut.Bahang awal sudah mula terasa apabila Menteri Kewangan Jerman, Wolfgang Schaeuble, memberi amaran “kami boleh membantu, tetapi kami tidak akan menyalurkan wang ke dalam lubang yang tersangat dalam”.\n\n\nDitekan dengan pelbagai syarat untuk menerima pinjaman pertama yang dijanjikan pada Oktober, Menteri Kewangan Greece, Evangelos Venizelos memberitahu rakyatnya bahawa beberapa musuhnya tidak lagi mahukan negara berkenaan berada dalam kumpulan zon euro.Presidennya, Carolos Papoulias, berkata: “Saya tidak boleh terima negara saya dihina oleh Schaeuble, sebagai rakyat Greece, saya tidak boleh terimanya.”Beliau turut menamakan Belanda dan Finland sebagai musuhnya, iaitu Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte sudah pun menyatakan kesudiannya untuk mencadangkan penyingkiran Greece dari zon euro. Pemimpin pakatan Greece memberi ‘jaminan yang kukuh’ bahawa penjimatan dan reformasi akan dilaksanakan oleh pihak yang memenangi pilihan raya umum April depan, katanya. Sementara juruaudit asing menyediakan analisis mengenai kemampanan hutang Greece, Athens pula mengenal pasti pengurangan tambahan 325 juta euro.Dalam surat yang diminta rakan zon euro, pemimpin Konservatif Greece, Antonis Samaras, berkata partinya akan terus komited kepada objektif, sasaran dan dasar utama dengan apa dikenali sebagai larian troika, dana penyelamat pertama yang berlaku hampir dua tahun yang lalu .Tetapi syarat untuk Greece penuhi bagi bantuan itu masih banyak, Juncker menandakan senarai lengkap tindakan penting yang Greece perlu selesaikan, bersama-sama dengan jangka masa untuk pelaksanaannya.   Dengan kepercayaan semakin menipis, Juncker berkata, pertimbangan lanjut adalah perlu untuk menyelia pengurusan dalam Greece dan memastikan keutamaan diberikan kepada perkhidmatan hutang.Ketua dana penyelamat di Athens sudah pun memulakan langkah mewujudkan ‘escrow’ atau menyekat akaun yang akan mengutamakan pemberi hutang kerajaan, kata sumber.  – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.041877 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list