|
Kisah Beauty and the Beast kembali lagi dengan imej visual lebih segar\rFilem: Beauty and the Beast 3D\r\n\n\n\nPelakon (Suara): Paige O’Hara, Robby Benson, Richard White, Jerry Orbach, Angela Lansbury\rPengarah: Gary Trousdale\rGenre: Animasi, Fantasi\r\n\n\n\n\nTayangan: Mulai 14 Februari 2012\rKISAH si jelek dan si jelita yang akhirnya mengecapi bahagia, sememangnya antara cerita rakyat paling diingati di dunia. Apatah lagi apabila ia diangkat ke layar lebar oleh Walt Disney pada 1991, kisah cinta antara dua makhluk berbeza ini semakin luas pengaruhnya. Malah, dek kekuatan cerita serta persembahannya, ia juga muncul filem animasi pertama yang turut dicalonkan ke peringkat akhir kategori Filem Terbaik Anugerah Academy.\rKisah kartun terbitan Disney ini tidak dinafikan mencuit hati ramai orang, terutama kanak-kanak. Malah, filem fantasi ini bukan saja ditujukan untuk anak kecil, tetapi kini golongan dewasa juga boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak mereka dengan menonton ulang tayang filem ini dalam format tiga dimensi (3D).\rFilem animasi klasik Disney ke-30 ini mengambil ilham daripada karya La Belle et la Bete oleh Jeanne-Marie Le Prince de Beaumont dan sebahagian daripada kisahnya berdasarkan idea daripada filem yang berkongsi tajuk sama, dihasilkan pada 1946.\r\n\n\n\rIa mengisahkan seorang putera yang bertukar rupa menjadi haiwan disebabkan satu sumpahan. Untuk menghilangkan sumpahan dan mengembalikan rupa asalnya, putera itu perlu menemui cinta sejati. Jika tidak, dia akan kekal sebagai binatang. Kehadiran gadis jelita, Belle, memberikannya harapan dan dengan memiliki cinta sejati wanita muda berkenaan, dia boleh kembali menjadi putera kacak. \rPada mulanya, Belle dikurung dan dijadikan tahanan dalam istananya, namun disebabkan sikap Belle yang lemah lembut, putera mula jatuh hati. Seterusnya, putera bersama rakannya yang turut disumpah mencari jalan untuk memikat hati Belle, pada masa sama dapat menghapuskan sumpahan yang dikenakan ke atas mereka di istana itu.\rSelepas Snow White and the Seven Dwarfs dan Little Mermaid yang juga antara filem Disney meraih perhatian segenap lapisan penonton, Beauty and the Beast menggabungkan elemen fantasi dan alunan muzik yang merdu, sekali gus membuatkan filem ini santai serta ringan sesuai untuk semua lapisan umur.\rMana tidaknya, filem ini berjaya meraih pungutan RM1.3 bilion, secara tidak langsung memecah carta box-office. Ia juga layak dicalonkan dalam beberapa anugerah ternama, antaranya pernah memenangi Filem Terbaik - Muzikal atau Komedi, Skor Terbaik dan Lagu Asal Terbaik pada Anugerah Golden Globe. \rSatu elemen membuatkan filem ini diingati ramai kerana barisan lagu yang menghidupkan lagi suasana serta karakter unik pada setiap watak. Dibuktikan lagi apabila ia banyak memenangi anugerah pada Anugerah Grammy.\rAntara anugerah yang dibawa pulang ialah Album Kanak-Kanak Terbaik, Persembahan Vokal Pop Terbaik (berkumpulan atau duo), Komposisi Instrumental Terbaik (Filem), Persembahan Instrumental Pop Terbaik dan turut dicalonkan dalam beberapa kategori lain.\rOleh itu, untuk berkongsi pengalaman istimewa berkenaan, terutamanya bagi golongan kanak-kanak yang tidak pernah menonton Beauty and the Beast sebelum ini, Disney sekali lagi membawakan filem yang menghiburkan ini dalam versi lebih realistik.\rDiulang tayang dalam format 3D, filem ini tampak hidup ditambah lagi dengan latar belakangnya yang ceria serta lagunya yang mendayu. Menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI), imej dan pergerakan nampak lebih halus dan berkualiti.\rSeperti yang dikatakan Penyelia Artistik filem ini, Jim Hillin, teknik CGI membuatkan latar belakang seperti bergerak mengikut pergerakan watak. Ia juga tampak seperti kamera sedang bergerak, ditambah pula dengan teknik cahaya yang menceriakan lagi suasana, sekali gus dapat memberikan penonton pengalaman yang seakan benar-benar berlaku.\rMasih memaparkan jalan cerita yang sama, tiada penambahan mahu pun pengurangan, filem arahan Gary Trousdale ini ditayangkan mulai 14 Februari lalu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|