|
CYBERJAYA, yang dipilih sebagai antara bandar masa depan, FutureCities 2011 Jepun, dipelawa negara matahari terbit itu untuk menghadiri forum antarabangsa mengenai inisiatif bandar masa depan pada 21 Februari ini.\rBandar lain dipilih sebagai FutureCities yang akan berkongsi inisiatif adalah Copenhagen (Denmark), Malmo (Sweden) dan Surabaya (Indonesia).\r\n\n\n\n\r Inisiatif bandar masa depan Jepun itu bagi menyelesaikan isu alam sekitar dan mewujudkan bandar raya yang memberi tumpuan kepada kemanusiaan.\r\r\n\n\n\n\n Ia antara projek strategik Jepun, yang dikenal pasti dalam Strategi Pertumbuhan Barunya yang diputuskan kerajaannya pada Jun 2010.\rBerdasarkan inisiatif itu, kerajaan Jepun akan memilih beberapa bandar sebagai model pertama FutureCities di Jepun dan akan mendapatkan maklumat mengenai amalan utama dalam bidang pembangunan bandar mampan di dunia.\rKerajaan Jepun menyasar mencergaskan semula kawasan bandar serta serantau dan merealisasikan ekonomi dan masyarakat mampan.\rPada forum itu kelak, Cyberjaya diwakili Pipah Mohd Nasir, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Setia Haruman Sdn Bhd yang menjadi pemaju induk bandar itu.\r\n\n\n\rPipah akan berkongsi inisiatif dan masa depan Cyberjaya, kejayaan dan cabaran merealisasikan matlamat menjadi Bandar Hijau dunia.\r“Kami amat berbesar hati dipilih dan sebagai duta bandar ini. Saya akan berkongsi dengan penonton mengenai inisiatif Cyberjaya, kejayaan dan cabaran dalam Teknologi Hijau dan pertumbuhannya.\r“Menjelang 2020, kami berhasrat untuk menjadi Hab ICT Malaysia dan Bandar Bersepadu hijau,” kata Pipah di Cyberjaya baru-baru ini.\rCyberjaya, dilancarkan pada Mei 1997, memulakan agenda teknologi hijau pada 2010 selaras Dasar Teknologi Hijau Malaysia yang dibina atas empat tonggak, iaitu tenaga, ekonomi, alam sekitar dan sosial.\r“Cyberjaya mempunyai sasaran memenuhi agenda teknologi hijau bersama-sama pihak berkepentingan termasuk Majlis Perbandaran Sepang (pihak berkuasa tempatan), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Cyberview Sdn Bhd, Perbadanan Pembangunan Multimedia, serta pemaju/pelabur dan komuniti Cyberjaya,” katanya. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|