|
Schzuan buat pendedahan doktor beri suntikan, pil ketika latihan pusatBAGAIKAN jam loceng!\n\n\n\n Itu kata Schezuan Ahmad Rosely, rakan seangkatan kuartet 4x400 meter Mohd Yunus Lasaleh yang didapati gagal ujian doping ketika beraksi menjulang emas di temasya Sukan SEA Indonesia 2011, berkaitan dengan seorang doktor dari Bulgaria yang setiap awal pagi didakwa memberikannya suntikan ketika menjalani latihan pusat di Brunei, pertengahan Oktober tahun lalu. \n\n\n\n\n “Dia akan berada di sisi seawal jam 7 pagi untuk menggerak saya daripada tidur kecuali Sabtu dan Ahad untuk memberikan suntikan dan selepas menjalani latihan diberi pula pil. Saya difahamkan pil yang diberi adalah berlainan mengikut acara masing-masing.“Apabila bertanya, dia (doktor) kata, ia adalah untuk memulihkan tenaga. Mengenai suntikan pula saya musykil kerana kebiasaannya suntikan diberi seminggu sekali, ini tidak, setiap hari diberikan,” katanya. Namun begitu Schezuan lebih keliru dengan pemberian pil berbanding suntikan di lengan kiri kerana sebaik saja menelan pil itu, dia merasakan lebih ‘ringan’ berbanding biasa.“Saya tidak pernah mengamalkan pengambilan sebarang pil sebelum ini dan ada merujuk kepada senior dan memberitahu mereka juga pernah memakan pil itu. \n\n\nWalaupun saya meragui dengan suntikan setiap hari itu, saya tidak dapat merasa sebarang perbezaan terhadap diri saya seperti pil,” katanya yang dikalung pingat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, awal Disember lalu. Seramai 13 atlit olahraga menyertai kem latihan pusat di Miri bermula 24 September lalu dan seterusnya berangkat ke Brunei 15 Oktober sebelum pulang semula ke tanah air, 8 November 2011.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|