CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98|Reply: 0

Polis pelancong Bali kurang mahir berbahasa Inggeris

[Copy link]
Post time 20-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
DENPASAR: Kebanyakan polis pelancong di pulau peranginan popular Indonesia, Bali  tidak mahir berbahasa Inggeris walaupun tugas utama mereka adalah berhadapan dengan pengunjung dari pelbagai negara di seluruh dunia.\rKetua polis pelancong Bali, Ida Bagus Djajati mengakui bahawa tidak ramai anggota pasukannya yang mampu untuk berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa itu biarpun tanggungjawab mereka sering berhadapan dengan pelancong asing yang kebanyakan adalah dari Australia, Perancis, Amerika Syarikat, England, China, Jepun serta Korea Selatan.\r\n\n\n\n\r   Sehubungan itu mereka akan dikehendaki mengikuti kelas menguasai bahasa Inggeris bagi memudahkan komunikasi mereka dengan pelancong asing.\r\r\n\n\n\n\n   “Memang benar tidak ramai kakitangan kami yang mampu berbahasa Inggeris walaupun ia amat diperlukan bagi membantu tugasan mereka kerana kebiasaannya mereka sentiasa berhadapan dengan pelancong asing,” kata Ida Bagus Djajati, ketua polis pelancong Bali yang dipetik agensi berita Antara.\rIda berkata anggota polis terbabit akan mengikuti kelas bahasa Inggeris berkenaan secara percuma dari Persatuan Hotel Bali dan Akademi London. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.169540 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list